Wednesday, May 30, 2012

Nilai sebenar bahasa Melayu


Bahasa Melayu bukan sahaja suatu alat komunikasi dan medium untuk mendapatkan ilmu, tetapi terkandung di dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisional, agama dan budaya Melayu serta juga jati diri, khususnya yang terjalin dalam semua jenis sastera - lisan dan tulisan.

Dengan memberi tempat yang lebih dominan kepada bahasa Inggeris, kita sebenarnya telah merampas kemungkinan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kelak akan menjadi bahasa besar dan serba-boleh. Kajian oleh Open University di London yang meramalkan bahawa dalam tempoh 30 tahun akan datang, bahasa Melayu akan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia. Dengan hal yang demikian, tugas dan tanggungjawab semua pihak perlu digembeling agar bahasa yang tua lagi indah ini,  bila tiba masanya  akan benar-benar menjadi bahasa dunia. Bahkan, kajian ini juga mendapati bahawa bahasa Inggeris tidak akan lagi menjadi bahasa pertama di dunia, sebaliknya sekadar berada di tempat ketiga, iaitu selepas Mandarin dan Sepanyol.

Mengapa bahasa Melayu harus kembali dijadikan bahasa matematik dan sains di sekolah dan universiti;

1.           Pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia boleh ditingkatkatkan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran  bahasa Inggeris yang lebih baik dan sikap terhadap bahasa yang lebih sihat. Dengan merujuk kepada pengalaman negara Belanda, bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman hanya diperkenalkan diperingkat sekolah menengah. Lantaran kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan, maka selepas sekolah menengah pelajar-pelajar ini sudah boleh bercakap dan menulis dengan menggunakan bahasa-bahasa ini dengan baik, jauh lebih baik berbanding dengan pelajar Malaysia bertutur dengan menggunakan bahasa Inggeris (walau pun setelah 11 atau 13 tahun). Demikian juga, pengajaran bahasa di negara Denmark, Sweden dan Norway yang bangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri, pada masa yang sama berkeupayaan menggunakan bahasa antarabangsa lainnya dengan baik.  Justeru,  seharusnya Scandinavia, Belanda dan Belgium mahupun Switzerland perlu dijadikan teladan dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa antarabangsa dalam kalangan masyarakat di negara ini.

2.           Sebagaimana yang sering diulang penghujah Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang, termasuk sastera, bukan saja datang dari negara-negara berbahasa Inggeris,  sebaliknya juga daripada negara-negara bukan berbahasa Inggeris yang lainnya seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol, Switzerland dan India/ Bangladesh. Dengan hal yang demikian, yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa Inggeris tetapi ilmu yang baru, wawasan kemanusiaan dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan pula. Suasana ilmu adalah faktor penting yang menggerakkan mereka kepada kejayaan peringkat tinggi.

3.           Beberapa masalah negara kita bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris yang kurang cekap, tetapi kepada budaya kerja yang tidak rapi dan disiplin yang tidak ketat. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa di sekolah tetapi nampaknya agak kucar-kacir pentadbirannya, serta ekonomi dan ilmunya. Di sebaliknya di Malaysia Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa masyarakat dan negara ini jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi serta ilmu.

4.           Dengan keputusan ini dan penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang-bidang terpilih dewasa ini, dengan sendirinya kita telah menciptakan dua jenis warganegara di Malaysia. Pertama; menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan, Kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

5.           Pada dasarnya, dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemas kini perlu disokong. Bahkan, pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa perlu disokong,  selain mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa Malaysia kita perlu mempunyai sebuah bahasa persatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

Dalam bandingan dengan warganegara Thailand atau Indonesia, rakyat Malaysia tidak menguasai bahasa kebangsaannya, tidak bangga dengan budayanya dan tidak jelas jati dirinya. Sebabnya, antara lainnya, ialah bahawa sastera dan budaya tidak menjadi mata pelajaran penting.

Bersama pengajaran bahasa Melayu yang teratur dan rapi pelajar harus diperkenalkan kepada karya-karya penting sastera Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah secara wajib. Inilah yang dilakukan di semua negara Anglo-saxon, Perancis, Jerman, China, Jepun dan Korea. Hanya di Malaysia anak-anak (dan sekarang ini orang dewasa) tidak pernah mengenali atau membaca karya agung leluhur mereka seperti Sulalatus al-Salatin, Hikayat Hang Tuah atau Tuhfat al-Nafis, yang banyak melukis bangsa Melayu / Malaysia, nilai-nilainya dan juga jati dirinya.

6.           Sekarang ini penguasaan bahasa Melayu sedang lemah di sekolah, di institusi pengajian tinggi, di peringkat negara, media masa dan kehidupan secara amnya. Sekiranya bahasa ini tidak diberikan ruang untuk hidup dalam dunia dan disiplin baru dan mencabar, dengan sendirinya bahasa Inggeris akan masuk menjajah kembali, dan kita kan menjadi tidak lebih dari pengguna dan peminjam bahasa dan konsep-konsep yang tersimpan dalam bahasa itu. Sementara itu konsep-konsep tempatan, keindahannya, muziknya akan hilang dari bangsa Melayu yang diamanahkan untuk mewarisinya.

Banyak lagi hujah yang dapat saya tuliskan. Tetapi hujah-hujah yang telah diturunkan ini, saya rasa mencukupi untuk kesempatan ini. Saya amat berharap bahawa bahasa kebangsaan kita akan kembali diberikan martabat ilmu, makna jati diri dan budayanya, seperti selayaknya sebuah bahasa besar dan tua.  Sesuatu bangsa yang tidak menghormati bahasanya biasanya tidak dihormati oleh bangsa lain yang menghormati bahasanya sendiri.

Tuesday, May 29, 2012

Bahasa Melayu Sebagai Warisan Budaya Bangsa: Mendepani Rempuhan Globalisasi.


Pengenalan

Bahasa amat erat hubungannya dengan manusia dan kebudayaan. Bahasa sering dikatakan sebagai akar budaya atau bahasa secara simboliknya merupakan akar budaya sesuatu bangsa. Ada yang berpendapat bagi menggambarkan betapa eratnya hubungan antara bahasa dan kebudayaan ini bahawa dalam sesuatu bahasa terjalin suatu pola perlakuan, kebendaan, kepercayaan, pengetahuan, sikap, dan norma sesuatu masayarakat. Malah lebih jelas dari itu bahasa merupakan suatu ‘communion’ perhubungan antara manusia dengan nilai-nilai sosio-budaya (Koentjaraningrat, 1975). Pengamal budaya adalah manusia. Oleh itu, manusia yang berbudaya adalah manusia yang mempunyai bahasa. Sebab itu, dari perspektif bahasa, manusia yang sempurna adalah manusia yang berbudaya. Bahasa yang digunakan oleh penuturnya dan pemakainya merupakan ekspresi budaya sehingga dengan demikian pengucapan mahupun pemakaiannya mencerminkan jati diri bangsa maupun individu pemakainya. Dari perspektif budaya pula, bahasa dianggap sebagai;

a)                hasil karya dan aktiviti manusia pendukung budaya tersebut,

b)               ekspresi jatidiri manusia dan budaya,

c)                himpunan gagasan, nilai, norma, dan kebijaksanaan yang disepekati dan dilaksanakan oleh masyarakat pendukungnya,

d)               rasa kebanggaan tersendiri bagi manusia pendukung budaya maupun penutur dan pemakai bahasa tersebut.

Dalam konteks perbincangan kita, bahasa Melayu memang sudah sejak kewujudannya lagi merupakan milik bangsa Melayu yang menjadi komponen utama pencerna bangsa Melayu. Bahasa Melayu menjadi suatu khazanah yang diwariskan turun temurun sehingga mampu menjadi bahasa besar yang bukan lagi milik bangsa Melayu semata-mata tetapi sudah menjadi milik bersama bangsa-bangsa penggunanya dengan status ‘bahasa milik bersama’. Namun sebagai khazanah warisan budaya bangsa Melayu, apakah bahasa Melayu akan tetap utuh bertahan seperti hari ini apabila dirempuh gelombang globalisasi yang semakin hari semakin mengganas. Jawapannya terletak di tangan kita sebagai pemilik waris. Jika kita mahu tetap menganggapnya sebagai sebuah khazanah warisan budaya yang berharga, tentu setiap virus yang dibawa oleh globalisasi yang memungkinkan memberi impak apa jua bentuk kemerosotan kepada bahasa Melayu akan dihindari dan diusahakan mencari jalan cara penyelesaianya kerana kewibawaan atau kekukuhan sesebuah bahasa itu sangat erat hubungannya dengan pemilik dan pengguna bahasa itu. Globalisasi boleh diterima tetapi bukan untuk mendominasi kehidupan apatah lagi memusnahkan entiti kesatuan budaya.

Globalisasi

Kita sering menyalahkan globalisasi sebagai pembawa virus yang rempuhannya boleh mengubah sistem amalan kebiasaan dalam semua aspek kehidupan tidak terkecuali terhadap aspek bahasa. Tetapi kita lupa bahawa globalisasi merupakan salah satu tahap perjalanan bagi sebuah pusingan meniti zaman. Globalisasi mempromosi dan menawarkan pelbagai bentuk pembaharuan yang boleh saja dalam bentuk ide, sistem nilai, sosial, politik, ekonomi, pandangan hidup, sikap, falsafah, visi dan misi dalam kehidupan.

Globalisasi menekankan kemajuan. Kemajuan pula sering diukur berdasarkan bagaimana tahap pencapaian sesebuah negara itu dalam bidang sains dan teknologi, dan juga berdasarkan tahap pencapaian ekonomi sesebuah negara itu dengan mengambil kira hal-hal berikut; berapa kadar pertumbuhan ekonomi, berapa banyak nilai ekspot, berapa jumlah pendapatan dan pengeluaran kasar, berapa pendapatan perkapita, berapa jumlah penggnaan tenaga dan bahan api, berapa ramai gologan profesionalseperti jurutera, jurubina, juruukur, akitek, akauntan, doktor, peguam, ahli sains, pakar teknologi dan pekerja mahir, berapa jumlah institusi dan pusat pengajian tinggi yang mengeluarkan para teknologis, pengurus perniagaan dan pentadbiran dan berapa banyak peralatan canggih yang dicipta dan digunakan yang boleh mengeluarkan hasil yang banyak, cepat dan terkini, berapa banyak taman teknologi dan perindustrian, berapa banyak pembinaan hotel, ruang pejabat, kompleks membeli belah, kondominium dan kawasan perumahan dan berapa pesat dan tingginya teknologi “hi-tech” yang dicapai dalam industri pembuatan, pembinaan, automobil, pesawat penerbangan, perkapalan dan angkasa lepas (Hashim Musa, 1995).

Namun begitu hingga kini, ukuran kemajuan berdasarkan penguasaan bahasa Inggeris belumlah jelas diperkatakan kerana ada negara maju dunia hari ini seperti Jepun tetap maju dan berkembang dari segi penguasaan ekonomi, dan sains dan teknologi tanpa bahasa Inggeris. Biarpun begitu, apa yang jelas kita boleh katakan bahawa globalisasi secara langsung ataupun tidak langsung tetap mempromosi bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris kini mendominasi komunikasi dan informasi global. Dengan dominasi ini, bahasa Inggeris telah menjadi bahasa global (Collins, 1999) dan mampu menawan minda sebahagian besar warga dunia sehingga sebahagian besar negara bangsa menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang mesti dimiliki dan dikuasai oleh warga bangsa mereka.

Wajah pemikiran seperti ini hampir mendunia sehingga tidak ada sukarnya menduniakan bahasa Inggeris yang kesan negatifnya menawan minda peminjamnya sehingga meminggirkan bahasa ibunda yang sudah sekian lama menjadi warisan budaya bangsa. Ini namanya memusnahkan entiti kesatuan budaya. Redakah kita melihat bahasa Melayu terpinggir gara-gara ‘minda tertawan’ oleh promosi globalisasi.

Walaupun pada hakikatnya globalisasi tidak mengundang dunia untuk membentuk keserupaan dan keseragaman untuk semua namun dari segi bahasa manusia terundang untuk memilikinya justeru tanpa memilikinya ia merupakan sebuah kecacatan. Ini merupakan suatu bukti bahawa globalisasi memaksa warga dunia memiliki yang satu iaitu, bahasa Inggeris. Mahu tidak mahu, sedar tidak sedar, secara perlahan memiliki dan menguasai bahasa Inggeris akan memerosotkan keyakinan dan cinta terhadap bahasa Melayu jika tidak diimbangi dengan suntikan kesedaran bahawa bahasa Melayu adalah khazanah berharga warisan budaya bangsa. Jika ini sudah kita tanamkan pasti rempuhan badai gelombang globalisasi tidak akan mampu memerosotkan rasa cinta dan yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu.

Kesan-kesan globalisasi terhadap bahasa Melayu

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, globalisasi menekankan kemajuan yang berdasarkan penguasaan sains dan teknologi, serta penguasaan ekonomi. Bahasa sains dan teknologi ialah bahasa Inggeris, dan bahasa ekonomi di peringkat global ialah bahasa Inggeris. Oleh itu, globalisasi mempromosi bahasa Inggeris. Hari ini semua negara bangsa mengejar kemajuan. Oleh itu, untuk maju mesti menguasai sains dan teknologi, dan mantap ekonominya. Dengan tuntutan ini, mahu tidak mahu, sama ada secara terpaksa atau tidak, bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh sebuah negara bangsa itu. Tuntutan ini perlu dipenuhi jika tuntutan ingin maju mahu dicapai.Tidak terkecuali kepada negara-negara berbahasa Melayu seperti Brunei, Malaysia dan Indonesia yang memang sudah sekian lama sejak wujudnya tamadun bangsa menjadikan bahasa Melayu sebagai warisan budaya bangsa yang berharga.

Untuk memastikan bahasa Inggeris dikuasai sebaiknya bagi mempermudah memahami perkembangan ilmu yang ada hubugannya sains dan teknologi, dan seterusnya nanti akan mampu berpartisipasi dalam percaturan ekonomi dunia beberapa langkah telah dilaksanakan. Yang pertama dilihat sebagai asas bagi pencapaian penguasaan bahasa Inggeris ialah sistem pendidikan.. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, sejak tahun 1985, mula diperkenalkan Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam yang mengubah dari sistem dua aliran, iaitu aliran Melayu dan aliran Inggeris kepada sistem dwibahasa (Mataim, 1995). Sistem ini mengurangkan fungsi bahasa Melayu dalam bidang pendidkan di Negara Brunei Darussalam1. Biarpun begitu, dari segi statusnya sebagai bahasa rasmi negara memang tetap utuh dan mantap kerana kedudukannya memang sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang antara lain menyatakan “Bahasa rasmi negeri ini ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan huruf yang ditentukan oleh undang-undang bertulis.”

Sistem ini secara langsung bukanlah bertujuan untuk mempertingkatkan pencapaian bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Brunei semata-mata. Tetapi kita juga boleh membuat tafsiran bahawa secara tidak langsung penguasaan bahasa Inggeris adalah ditekankan dalam Sistem pendidikan Dwibahasa ini. Ini dapat dilihat melalui maksud konsep dwibahasa dalam Sistem Pendidikan Negara Brunei Darusalam, iaitu;

a)                Konsep dwibahasa ialah satu cara bagi mendaulatkan bahasa Melayu di samping tidak mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris, dengan demikian kemahiran dalam kedua-dua bahasa tersebut akan dapat dicapai melalui Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam,

b)               Perkiraan terhadap bahasa Inggeris dibuat semata-mata dengan maksud akademik jua, iaitu bagi memudahkan pelajar-pelajar Brunei memasuki tempat-tempat pengajian tinggi di luar negeri yang berpengantar bahasa Inggeris.

[Sila lihat Mataim (1995) yang membincangkan dengan berdasarkan jadual waktu mengenai perbandingan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris di seluruh peringkat pendidikan di Negara Brueni Darussalam. Kesimpulan perbincangan itu mengatakan bahawa semakin tinggi tingkat pendidkan itu , maka semakin sedikit fungsi bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai bahasa pengungkap ilmu.]

Ini diperkuat lagi dengan cara pelaksanaannya yang menghendaki mana-mana mata pelajaran yang tidak begitu rapat hubungannya dengan kebanyakan pengajian tinggi di luar negeri akan disampaikan dalam bahasa Melayu sementara mata pelajaran yang banyak bergantung kepada penggunaan bahasa Ingeris dalam pegajian tinggi di luar negeri akan disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Perubahan sistem pendidikan ini secara langsung mengubah juga sikap sebahagian orang kita terhadap bahasa Melayu terutama mereka yang terdedah dengan pendidikan barat yang berpengantar bahasa Inggeris di luar negara. Sebahagian mereka sudah tidak merasa bahawa bahasa Melayu itu merupakan warisan budaya bangsa yang berharga sehingga kehilangannya pada diri mereka sudah tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka sama ada kesan emosi mahupun kesan sosial. Keyakinan mereka tehadap kemampuan bahasa Melayu sudah semakin merosot. Pada hal bahasa Melayu sudah sekian lama bukan hanya mampu mengungkapkan hal-hal yang berkaitan dengan budaya ekspresif seperti kesusasteraan, bahkan telah mampu menjadi wahana komunikasi budaya sainstifik dan teknikal. Pada mereka sudah tidak ada slogan ‘bahasa jiwa bangsa’ yang dulunya sering dilaung-laungkan oleh para pejuang dan pencinta bahasa. Pada mereka bahasa Melayu bukan lagi menjadi jati diri bangsa. Keadaan seperti inilah yang membimbangkan kita walaupun jumlahnya masih relatif kecil tetapi dengan semakin mengganasnya badai globalisasi maka akan semakin meruncinglah nanti keadaan ini.

Bahasa Melayu mendepani globalisasi.

Globalisasi akan tetap sentiasa berjalan dengan sifatnya menjadikan dunia semakin kecil tanpa dibatasi oleh sempadan. Bahasa Inggeris tetap dominan sebagai bahasa telekomunikasi global. Bahasa-bahasa minoriti akan kemerosotan fungsi di bumi sendiri kerana sebahagian fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa telekomunikasi sudah diganti oleh bahasa Inggeris. Jika dibiarkan, bahasa minoriti hanya akan mampu menjadi bahasa pemantap budaya, tidak terkecuali bahasa Melayu di rantau ini. Oleh itu, persaingan bahasa tidak seharusnya wujud kerana jika persaingan wujud salah satu bahasa sudah pasti akan tewas. Dalam konteks kita tentulah bahasa Melayu akan tewas kerana bahasa Inggeris tidak boleh disaingi sama ada dari segi fungsi maupun dari segi prestijnya. Apa yang perlu kita tekankan sekarang ialah kedua-dua bahasa seharusnya berjalan secara serentak dengan fungsi yang berbeza iaitu bahasa Inggeris sebagai pemantap ilmu sementara bahasa Melayu selain sebagai pemantap ilmu juga berfungsi sebagai pemantap budaya. Untuk menumbuhkan konsep ini di kalangan masyarakat kita, penanganan secara bersama dan bersepadu perlu dilakukan.

Pada hemat saya, usaha pertama yang perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh ialah menyuntikkan semangat cintakan bahasa Melayu di kalangan bangsa Melayu sendiri. Cabaran utama yang kita hadapi sekarang ialah sikap sebahagian orang Melayu sendiri yang masih belum menumpahkan rasa cintanya terhadap bahasa Melayu. Ini terbukti dengan sikap mereka yang masih mengagung-agungkan bahasa Inggeris dengan berbahasa Inggeris di tempat yang tidak sewajarnya mereka berbahasa Inggeris dan lebih parah lagi mereka berbahasa Inggeris di acara-acara rasmi. Senario ini selain bertentangan dengan tuntutan perlembagaan kita tetapi juga bertentangan dengan tuntutan masyarakat setempat yang inginkan nilai-nilai tempatan dipertahankan, diutamakan dan diperkembangkan.

Kita bukan anti bahasa Inggeris malah kita mengalu-alukan kedatangan bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris adalah bahasa sumber ilmu dan bahasa komunikasi global. Apa yang kita inginkan ialah bahasa Melayu tetap menjadi bahasa rumah dan bahasa pergaulan masyarakat dan bangsa kita. Kita tidak menghalang penggunaan bahasa Inggeris untuk urusan-urusan antarabangsa dan global kerana hingga setakat ini bahasa Melayu masih belum mampu menjadi bahasa pengantara untuk urusan-urusan di peringkat antarabangsa dan global secara komprehensif. Apa yang kita perjuangkan sekarang ialah berilah tempat bahasa Melayu di bumi majoriti Melayu dan bukan untuk menghalang belajar dan menguasai bahasa Inggeris. Perjuangan kita agar bahasa Melayu tetap dominan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, dan berfungsi selayaknya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bukan hanya di atas kertas berstatus bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi secara praktisnya tidak digunakan.

Memang disedari bukan mudah untuk mengubah sikap tidak mengutamakan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu kerana sikap seperti ini terbina melalui satu proses yang panjang. Selama proses ini berjalan mungkin tidak ada mekanisme pengimbang digunakan agar sikap ini tidak mendarah daging. Pada hemat saya, mekanisme pengimbang yang diperlukan ialah menyuntikkan kesedaran dan pemahaman kepada mereka bahawa bahasa Melayu itu adalah warisan budaya bangsa mereka yang paling berharga di samping menjadi jati diri bangsa. Menolak bahasa Melayu sebagai milik peribadi bermakna mereka kehilangan khazanah warisan budaya bangsa yang berharga dan mereka juga kehilangan jati diri bangsa.

Sikap meminggirkan bahasa Melayu bukan hanya didorong oleh faktor pendedahan mereka kepada bahasa Inggeris tetapi mungkin juga kerana kurang yakin mereka terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Oleh itu, bagi mengatasi masalah keyakinan ini, kita harus menyedarkan dan meyakinkan kepada mereka bahawa bahasa Melayu sudah sekian lama mampu menjadi bahasa pengungkap ilmu-ilmu moden yang relevan dengan tuntutan globalisasi seperti. ilmu sains dan teknologi, ekonomi, perundangan, falsafah, agama, diplomatik, pentadbiran antarabangsa dan lain-lain.

Usaha-usaha memantapkan kemampuan bahasa Melayu sudah berjalan bukan hanya digerakkan secara bersendirian di negara masing-masing anggota MABBIM tetapi juga bergerak secara bersama dengan mengadakan pertemuan-pertemuan bagi pengayaan istilah-istilah ilmu moden dalam bahasa Melayu, membentuk buku-buku pedoman seperti buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah dan Pedoman Umum Pembentukan Ejaan Baru Bahasa Melayu. Buku tatabahasa bahasa Melayu juga sudah diterbitkan sebagai pedoman dan panduan bagi penentuan bentuk yang baku seperti Tatabahasa Dewan jilid I (Nik Safiah Karim dkk, 1986) dan Tatabahasa Dewan jilid II (Nik Safiah Karim dkk, (1989) bagi Malaysia dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (Hassan Alwi, 1993) bagi Indonesia.

Satu lagi langkah yang perlu kita lakukan bagi kelangsungan bahasa Melayu dalam mendepani rempuhan globalisasi ini ialah dengan memaksa keterlibatan golongan ahli politik berperanan sama. Dengan keterlibatan mereka secara tidak langsung imej perjuangan lebih terangkat dan pengaruh mereka akan mendorong gerakan memperkasa dan memasyarakatkan bahasa Melayu ini lebih berkesan. Nampaknya keterlibatan ahli politik secara langsung di peringkat negara anggota MABBIM sudah bermula sejak penandatanganan Komunike Bersama yang telah berlangsung di Jakarta pada 31 Julai 2006 yang lepas yang melibatkan Menteri Pelajaran Malaysia, Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia dan Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam. Kesepakatan daripada Komunike Bersama ini sudah pasti akan dapat lebih mudah mensosialisasikan perjuangan pemerkasaan bahasa Melayu di negara-negara anggota MABBIM kerana semangat daripada kesepakatan itu memfokuskan kepada tiga perkara iaitu;

a)                memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan di negara masing-masing sesuai dengan kedudukan dan fungsinya mempertinggi kemampuan bahasa Indonesia/Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan teknologi serta sebagai salah satu bahasa utama dunia, dan

b)               meningkatkan mutu penggunaan bahasa Indonesia/Melayu dalam bebagai-bagai lapisan masyarakat.

Komunike Bersama ini tercetus setelah menyedari rempuhan globalisasi semakin membimbangkan sehingga kelihatan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam semakin tercabar dan kecenderungan pengguna untuk meminggirkan bahasa Melayu semakin jelas. Kini di ketiga-tiga negara ini, iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam, papan-papan tanda, nama-nama kedai, nama-nama bangunan perniagaan dan ikan-iklan di tepi-tepi jalan sudah banyak ditulis dalam bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Di pejabat-pejabat kerajaan, sudah ada jabatan yang menyelanggara mesyuarat dalam bahasa Inggeris, borang-borang, surat-surat makluman dan kontrak perniagaan ditulis dalam bahasa Inggeris walaupun hanya melibatkan di kalangan orang-orang Melayu atau penutur bahasa Melayu. Lebih membimbangkan lagi sudah semakin ramai keluarga Melayu yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai komunikasi aktif dalam keluarga dan juga sudah semakin ramai remaja Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi harian mereka.

Kini ketiga-tiga negara sudah dan akan mula melaksanakan sebahagian apa yang telah disepakati dalam Komunike Bersama. Malaysia giat dengan kegiatan-kegiatan memperkasa bahasa Kebangsaan melalui Jawatankuasa Eksekutif Memperkasa Bahasa Kebangsaan yang memang sudah dibentuk sebelum Komunike Bersama ini ditandatangani, Indonesia dengan kempen mengutamakan penggunaan bahasa Indonesia di ruang umum dan Brunei Darussalam pula akan mengadakan Jerayawara ‘Utamakan Bahasa Melayu’. ke kementerian-kementerian kerajaan, pihak swasta dan orang awam, dan juga akan mengadakan sekali lagi forum perdana bahasa peringkat kebangsaan bagi tujuan pelestarian bahasa Melayu di era globalisasi ini dengan memfokuskan khalayak sasaran kepada golongan belia.

Selain strategi di atas, usaha mengglobalkan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan lagi agar kapasiti penggunaannya lebih meluas lagi dan potensinya untuk menjadi bahasa global di masa mendatang akan semakin jelas. Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negara perlu ditambah lagi dan penempatan pakar-pakar tempatan di universiti-universiti ternama dunia juga perlu diperluaskan lagi agar dunia Melayu khususnya bahasa Melayu akan mendapat tempat di kalangan warga dunia di luar dunia Melayu. Dengan ini diharap globalisasi bukan hanya mempromosi bahasa Inggeris, tetapi juga akan mempromosi bahasa Melayu nanti.

Dalam bahasa Melayu mendepani rempuhan globalisasi, khazanah bahasa perlu ditonjolkan secara praktis bagi mengimbangi tuntutan globalisasi yang boleh melunturkan rasa megah dan setia terhadap bahasa Melayu. Dalam konteks ini, kita memiliki khazanah yang paling penting iaitu Kamus Bahasa Melayu Nusantara. Kamus ini selain sebagai manifestasi ketinggian tamadun bangsa tetapi juga sebagai mekanisme pelestarian survival bahasa Melayu. Kamus ini yang mempunyai lebih 100 ribu entri menjadi pertanda bahawa bahasa Melayu kaya dengan kosa-kata dan mampu mengungkapkan setiap disiplin ilmu.

Kesimpulan

Keperluan terhadap peneguhan sikap kita terhadap bahasa Melayu sebagai warisan budaya bangsa yang paling berharga menjadi lebih penting dan mendesak dalam konteks globalisasi kerana jika tidak kita mungkin akan kehilangan jati diri dan nilai setempat. Globalisasi hanya relevan dalam konteks pengilmuan masyarakat dan pemanfaatan pelbagai maklumat terkini serta hasil reka cipta warga sedunia, tetapi tidak dalam konteks pemuliharaan asas-asas khusus jati diri bangsa. Oleh itu, mendepani rempuhan globalisasi secara bersepadu perlu dimulai. Kerjasama sekarabat negara berbahasa Melayu perlu dipraktikkan secara lebih aktif. Diharap dengan penandatanganan Komunike Bersama, perjuangan memperkasa dan mengutamakan bahasa Melayu akan berjaya sehingga bahasa Melayu nanti akan tetap utuh dan mantap di tengah-tengah badai globalisasi yang semakin mengganas.



Tulisan: Mataim Bakar, Ph.D. Dewan Bahasa dan Pustaka  Brunei Darussalam.



Rujukan

Collins, James T. 1999. Wibawa Bahasa Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Hashim Musa, 1995. “Pengintelektualan dan pendaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama: cabaran globalisasi maklumat, pendidikan dan teknologi.” Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, pada 21-25 Ogos, 1995.

Mataim Bakar, 1995. “Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Dwibahasa Negara Brunei Darussalam”. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, pada 21-25 Ogos, 1995.

Monday, May 28, 2012

Fungsi bahasa Melayu


Pengenalan

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.  Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut “Bahasa Kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu”.  Sebagai bahasa kebangsaan negara baru yang berdaulat,  bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu, akan melahirkan  rasa cinta terhadap bahasa Melayu.  Hal ini akan mendorong anda untuk mempelajari, menghayati, menguasai dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, anda sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga akan bahasa kebangsaan negara ini kerana bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara.  Sesungguhnya, pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.

Konsep:

·              Bahasa  Kebangsaan 
         Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sebuah negara.

 ·                 Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan-urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan.
  
·                   Bahasa Perpaduan
Bahasa perpaduan ialah satu bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk).
  
·                  Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

 ·                   Bahasa Ilmu
Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi pengajian tinggi.

 ·                   Bahasa Komunikasi
Bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam pelbagai bentuk dan situasi.

Latihan

(a)          Dengan merujuk bahan multimedia, huraikan pelbagai fungsi bahasa Melayu di negara kita.
(b)          Dengan sokongan pengurusan grafik,  banding bezakan pelbagai fungsi bahasa Melayu Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
(c)          Hubungkaitkan peranan bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negara. Dapatkan seberapa banyak maklumat sama ada daripada perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Bibliografi
Aziz Deraman (1974) Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia.  Kuala Lumpur: CahayaPantai (M) Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998) Pengajian Melayu 5 dan 6 Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber) (Budaya dan Masyarakat Malaysia).  Kuala Lumpur:  Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1987) Kajian Budaya dan Masyarakat di  Malaysia.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman (1988)  Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Taib Osman (1988) Bunga Rampai Kebudayaan Melayu.  Kuala Lumpur: Dewan   Bahasa dan Pustaka.

Thursday, July 15, 2010

Memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa dunia!

Martabat bahasa Melayu sebagaimana yang diuar-uarkan oleh kepemimpinan negara sememangnya dinanti-nantikan oleh warganegara Malaysia sejak sekian lama. Apatah lagi, lantaran fungsi Bahasa Melayu sebagai lingua franca dan Bahasa Kebangsaan - tidak boleh tidak kedudukan bahasa Melayu perlu menjadi terlalu istimewa dalam kalangan warganegara Malaysia. Mahu atau tidak, sebagaimana warganegara Malaysia berjiwa besar, mendokong cita-cita besar mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia!

Saturday, June 26, 2010

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PADA ABAD KE-21: ANTARA HASRAT DENGAN PELAKSANAAN

Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada lima dekad yang lalu. Selama itu pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui dalam dasar dan akta terpaksa diubahsuai dan dilaksanakan mengikut tuntutan semasa, sehinggakan para pengkaji dan pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Berpandukan kerangka teori jurang kertas kerja ini cuba meneliti hasrat dasar bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. selanjutnya, berdasarkan bukti-bukti kajian terdahulu, kertas kerja ini juga cuba menilai sejauh mana pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu pada abad ke-21 dapat merealisasikan hasrat tersebut. Hasil penelitian menunjukkan bahawa pencapaian pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia didapati tidak selaras dengan hasratnya. Bukti-bukti kajian menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hasrat dengan pelaksanaan dasar di institusi pendidikan awam dan swasta. Kualiti pendidikan bahasa serta produknya tidak sampai kepada tahap yang dibanggakan. Penekanan kerajaan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan pada abad ke-21 meneguhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu. Namun golongan pelajar dan pekerja yakin bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berperanan untuk pembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Oleh itu, selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan.

PENGENALAN

Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada lima dekad. Selama itu jugalah pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu, kadangkala dalam keadaan bergeseran, sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui melalui Dasar dan Akta yang telah mantap lagi jitu terpaksa diubah suai mengikut suasana dan tuntutan semasa, sehingga para pengkaji dan lebih-.ebih lagi pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Para pengamal dasar oula mendapati kelemahan-kelemahan tertentu yang sukar di atasi pada peringkat pelaksanaan.

Kita menerima hakikat bahawa setiap dasar negara yang dulunya telah digubal dan diterima umum memerlukan kajian semula atau pengubahsuaian demi memenuhi tuntutan semasa dan sekitaran yang sentiasa berubah, Namun, biarlah setiap yang ditukar dan diubah suai mampu memudah serta mempercepatkan kita mencapai matlamat yang dituju. Fokus kertas kerja ini terhad kepada pelaksanaan pengajaran bahasa Velayu sebagai mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan untuk merealisasikan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan serta mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pendidik dan pelaksana dasar dalam mengamalkan dasar tersebut. Selain itu, kertas kerja ini juga akan mengemukakan pengalaman dan membincangkan pandangan serta dapatan para penyelidik tempatan tentang sikap serta amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Seperti pengkaji dasar terdahulu (Fullan 1991; Fowler 2000), kita rerpendapat bahawa melalui pendekatan penelitian seperti ini, kita dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi pada peringkat paksanaan bagi memastikan matlamat pelaksanaan dasar tercapai.

Persoalan yang dibincangkan dalam kertas kerja ini terbahagi tiga dimensi: Apakah hasrat atau semangat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Kedua, sejauh manakah Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikann Kebangsaan tertaksana pada abad ke-21? Akhirnya, apakah agenda pendidikan bahasa Melayu yang masih belum disempurnakan dan perlu diperbaiki bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu.

Maksud bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu yang digunakan bagi membincangkan persoalan di atas adalah berlandaskan takrif ilmu linguistik. Bahasa kebangsaan adalah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara dan berfungsi sebagai bahasa pemersatu rakyat. Bahasa rasmi pula adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, termasuk dalam sistem pendidikan. Sementara bahasa pengantar ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Bahasa ini mempunyai dua ciri utama. Pertama, kesempurnaan bahasa, yakni ketepatan bahasa dengan fungsi penggunaannya. Kedua, keintelektualan bahasa yakni keupayaan bahasa, mengungkapkan pelbagai ilmu dan buah fikiran dengan tepat dan berkesan Safiah 1992, 1998; Asmah 1993).

Pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu akan dibuat berpandukan teori jurang yang pernah dibincangkan oleh Ornstein dan Hunkins (1993) dan digunakan oleh penyelidik tempatan dalam kajian mereka (Juriah & Robiah 1994; Raja Mohd Fauzi 1997; Juriah et al. 1999, 2002, 2004, 2006). Dalam kajian-kajian tersebut, teori itu digunakan bagi menentukan jurang antara keadaan semasa dengan keadaan yang diingini. Jurang perbezaan antara kedua-dua keadaan ini dikenal pasti sebagai keperluan yang wajar dipenuhi bagi memastikan matlamat yang menjadi sasaran dapat tercapai.

Kertas kerja ini beranggapan bahawa sesuatu dasar mempunyai dua unsur penting, iaitu hasrat atau semangat dasar yang merupakan inti pati kandungan dasar, dan pelaksanaan dasar yang merupakan tindakan pengendalian hasrat dasar dalam amalan seharian sesebuah organisasi kerajaan mahupun bukan kerajaan atau swasta. Kita juga berpendapat bahawa iltizam dan keupayaan pelaksana perlu dikekalkan bagi menjayakan matlamat pelaksanaan dasar.

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN MALAYSIA

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, keperluan untuk mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan serta lambang identiti dan citra negara amat mendesak. Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Malaysia 1970: 222) memperuntukkan: bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.

Namun demikian, penduduk Malaysia mempunyai kebebasan menggunakan bahasa-bahasa lain dalam urusan tidak rasmi serta mempelajari bahasa-bahasa tersebut (Malaysia 1970: 222 - 223). Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang disemak pada 1971 pula memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu digunakan bagi semua maksud-maksud rasmi.

Tegasnya, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 162/167 (disemak pada tahun 1971) menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal dan bahasa rasmi di negara Malaysia. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan, telah dijadikan asas pembinaan negara, khususnya melalui peranannya sebagai bahasa pembentuk jati diri negara bangsa, sebagai bahasa perpaduan kaum, sebagai bahasa rasmi pentadbiran negara, dan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara Malaysia.

Akta Pelajaran 1961 yang menjadi kerangka rujukan pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara sehingga digantikan oleh Akta Pendidikan 1996, dibentuk berasaskan syor-syor Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan mata pelajaran bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah, menjadikan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran mata pelajaran yang wajib dipelajari di semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan sekiranya munasabah dan praktikal dan sekiranya ibu bapa lebih daripada lima belas orang murid memohon kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diadakan; menjadikan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama di semua sekolah menengah kebangsaan, manakala bahasa inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib; dan pengajaran bahasa kebangsaan adalah wajib bagi semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil boleh diajar sekiranya praktikal dan munasabah, dan sekiranya lebih daripada lima belas orang ibu bapa murid memohon.

Berdasarkan hakikat di atas, ternyata bahawa peruntukan dasar bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan yang temyata secara eksplisit dalam Akta Pelajaran 1961 menetapkan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib. Hasrat ini adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

Pada akhir 60-an dan awal 70-an, telah berlaku perkembangan pesat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, perisytiharan Rukun Negara pada 1970, dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada1973 telah mendorong kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Justeru pada 1974 sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan laporannya diterbitkan pada 1979. Tujuan Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji sama ada Sistem Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum pada masa itu dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat yang diperlukan oleh negara dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang, serta sama ada sistem pendidikan kebangsaan dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979:1)

Jawatankuasa Kabinet (1979) yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed memperakui peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi utama. Jawatankuasa ini juga berpendapat bahasa Melayu wajar menjadi bahasa ilmu pengetahuan, bahasa lingua franca bagi keseluruhan negara dan bahasa perpaduan. Oleh itu, pengajaran bahasa Melayu di sekolah mestilah berlandaskan objektif yang berkaitan peranan tersebut (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979: 85). Jawatankuasa itu memperakui pengajaran bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib pada semua peringkat, jenis sekolah dan kelulusan dalam mata pelajaran itu dijadikan syarat untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan awam (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979: 84).

Pada tahun 1996, Akta Pendidikan 1961 telah dikaji dan diteliti. Satu Akta Pendidikan baru telah digubal bagi memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan supaya sejajar dengan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 1998a) memperakui bahawa kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial, rohani dan etika perlu dicapai melalui satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama serta menggunakan satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama.

Di samping itu, perakuan-perakuan Akta Pendidikan 1996 juga memberi maksud bahawa sebagai sistem pendidikan di negara maju, Sistem Pendidikan Kebangsaan di Malaysia perlu berkemampuan untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan keterampilan yang diperlukan dalam negara maju, di samping mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik dan dinamik. Kualiti pendidikan yang dihasilkan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan pula perlulah bertaraf dunia. Justeru bahasa Inggeris terus dijadikan bahasa kedua dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, di peringkat sekolah menengah bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis dan bahasa asing asing lain juga diajar.

Status dan kedudukan pendidikan bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan 1996 ternyata di bawah bahagian Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dalam seksyen 15 dan 16 Akta Pendidikan 1996, diperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. Sistem ini meliputi tiga kategori institusi pendidikan, iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah Jenis Kebangsaan ataupun mana-mana institusi pendidikan yang diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan (Lembaga Penyelidikan Undang-undang 1998a: 25). Institusi pendidikan yang diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan perlu mengajarkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib. Tegasnya, Akta Pendidikan 1996 adalah anjakan paradigma bagi Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta ini memperluas skop Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan bagi meliputi semua peringkat persekolahan dan kategori sekolah. Di samping itu, Akta ini juga memberi kelonggaran kepada institusi pendidikan swasta yang terangkum dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar sekiranya diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan.

Pada 1996, Kementerian Pendidikan juga mewujudkan satu Akta Pendidikan khusus untuk pendidikan swasta yang dikenali sebagai Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), bertujuan untuk mengawal selia segala aspek tentang pendidikan swasta, termasuklah aspek penubuhan, pendaftaran, pengurusan, pengawalseliaan serta kawalan kualiti pendidikan. Keadaan ini dianggap perlu kerana institusi pendidikan swasta memainkan peranan sebagai pelengkap kepada pendidikan di sektor awam bagi memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau yang menghasilkan pendidikan yang kualitinya bertaraf dunia (Najib 1996).

Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama di institusi pendidikan tinggi swasta. Walaupun demikian, Akta itu juga memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk memberi pengecualian kepada institusi pendidikan tinggi swasta tertentu dalam pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai pengantar utama.

Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996) hangat dibincangkan oleh ahli-ahli bahasa dan cendekiawan Melayu pada akhir abad ke-20. Mereka berpendapat pelaksanaan Akta itu akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan (Zainal Abidin 1996; Shahrir 1996; Abdullah 1996; Hassan 1996; Nik Safiah 1996; Abdul Rahim 2000; Abdul Ghani 2000).

Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pelajaran 1961 berhasrat untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu di institusi pendidikan. Bahasa Melayu sekaligus diharap dapat memainkan peranan tersirat sebagai bahasa pemersatu dan lambang jati diri masyarakat Malaysia yang merdeka.

Sementara itu, Akta Pendidikan 1996 perlu dianggap sebagai suatu anjakan paradigma kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta ini membenarkan kewujudan satu lagi aliran pendidikan dalam sistem kebangsaan iaitu pendidikan swasta yang membolehkan bahasa Inggeris dan bahasa lain berperanan sebagai bahasa pengantar sekiranya mendapat kebenaran Menteri Pelajaran. Peruntukan ini adalah suatu penyimpangan daripada dasar bahasa dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang unggul yang dilaksanakan pada tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa pengantar ilmu tidak lagi dianggap sebagai yang terutama. Ini menimbulkan suatu kekeliruan sehinggalah agenda untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar ilmu tidak mampu tiba ke garis penyelesaian. Akhir-akhir ini dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan negara dalam dunia global kerajaan untuk memartabatkan negara dalam dunia global, kerajaan telah melaksanakan dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 2003. Dasar sedemikian menekankan kepentingan bahasa Inggeris mengatasi kepentingan bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, pada Julai 2009 kerajaan telah memutuskan kedua-dua mata pelajaran akan kembali diajar dalam bahasa Melayu pada 2012.


SENARIO PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21

Pada dekad terakhir abad ke-20 beberapa perubahan pesat berlaku dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia hasil daripada kemajuan sains dan teknologi serta ledakan maklumat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga dihadapkan dengan cabaran baru, iaitu hasrat Malaysia kuga dihadapkan dengan cabaran baru, iaitu hasrat Malaysia menjadi negara maju dalam segala segi; ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan menjelang tahun 2020, seperti diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed (Mahathir: 1991: 2). Cita-cita luhur ini yang dikenali sebagai Wawasan 2020 dijadikan asas Dasar Wawasan Negara yang dibentuk untuk memberi hala tuju bagi membolehkan Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.

Pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara. Oleh itu, Sistem Pendidikan Kebangsaan perlu dimantapkan supaya berkeupayaan untuk merealisasikan Wawasan 2020. Selaras dengan perkembangan dalam masyarakat yang berlaku pada zaman ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961 telah dikaji dan diteliti. Satu Akta Pendidikan baru telah digubal bagi menangani cabaran abad ke-21 serta memenuhi tuntutan dan aspirasi Wawasan 2020. Akta Pendidikan 1996 diguna untuk melahirkan satu sistem pendidikan yang akan membolehkan masyarakat Malaysia, dengan berteraskan nilai murni, menguasai ilmu, kemahiran dan keterampilan yang diperlukan dalam dunia global dan semakin bersaing (Najib 1995).

Di peringkat makro Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa dasar pelaksanaan bag! menghadapi cabaran semasa. Untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan menjayakan Dasar Wawasan Negara, iaitu menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Kementerian Pendidikan telah merancang dan memperkenalkan konsep Sekolah Bestari pada 1996 dalam kertas konsep kurikulum abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996). Selanjutnya konsep ini diperkemas dan dimantapkan pada 1997. Pada 1999, 90 buah sekolah di seluruh negara telah dipilih sebagai projek percubaan Sekolah Bestari bagi mengajar empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kementerian menjangkakan bahawa menjelang 2010, semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan Sekolah Bestari sebagai sebuah institusi pembelajaran yang mengamalkan perubahan yang sistematik dari aspek pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi membolehkan pelajar menangani cabaran dalam era teknologi maklumat. Kurikulum Sekolah Bestari member! penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang, kesepaduan antara pengetahuan, kemahiran nilai serta penggunaan bahasa yang betul merentas telekomunikasi antarabangsa dan model kecemerlangan pendidikan antarabangsa. Kurikulum pembelajaran mengikut keupayaan semua pelajar serta mengintegrasikan pelbagai disiplin, ilmu pengetahuan kemahiran, nilai dan sikap yang sesuai dalam era maklumat. Teknologi maklumat pula digunakan bagi mengumpulkan, menganalisis, memproses dan mempersembahkan maklumat untuk pembelajaran yang lebih bermakna bagi menyediakan pelajar kepada dunia pekerjaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Tegasnya, pelaksanaan Sekolah Bestari memerlukan satu anjakan paradigma dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Sekolah Bestari memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi maklumat digunakan sebagai alat bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna situasi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari berbeza dengan situasi yang wujud di sekolah biasa. Malah, guru-guru yang mengajar di Sekolah Bestari perlu mempunyai latihan ikhtisas yang mantap sebelum dapat mengajar di sekolah-sekolah tersebut.

Untuk melicinkan pelaksanaan projek Sekolah Bestari pada peringkat awai, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan telah mengadakan Kursus Latihan Guru Sekolah Bestari selama 14 minggu bagi melatih guru-guru yang terlibat dalam Projek Percubaan Sekolah Bestari.

Di samping itu, dalam Pendidikan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan juga telah menyemak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan menggubalnya semua berdasarkan penggunaan bahasa untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu bagi menghadapi rintangan dan cabaran pendidikan pada abad ke-21. Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum 2000) adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperiuan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

Secara keseluruhannya, Sukatan Pelajaran KBSM: Bahasa Melayu yang digubal semula pada tahun 2000 mempunyai gabungan ciri-ciri yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Sekolah Menengah (1987) dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Edisi Sekolah Bestari (T998). Kedua-dua Sukatan Pelajaran ini memberikan penekanan kepada pengajaran Bahasa Melayu secara sepadu dan menyeluruh. Namun demikian, untuk memastikan hasrat yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran ini dapat difahami dan dihayati oleh guru dalam amalan pengajaran di dalam bilik darjah, kementerian perlu memastikan bahawa guru mendapat latihan yang cukup bagi membolehkan mereka memahami kandungan kurikulum dan menguasai kemahiran-kemahiran generik (kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kemahiran bernilai tambah) yang perlu disepadukan dalam pengajaran bahasa.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu 2000, dan murid-murid diuji tentang aspek ini dalam peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan juga telah menetapkan dan memantapkan beberapa teks sastera yang digunakan dalam pengajaran komponen sastera kepada murid-murid di setiap tingkatan. Namun demikian, selaras dengan penekanan kementerian terhadap penyepaduan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21, Kementerian juga perlu memastikan bahawa semua sekolah dilengkapi dengan prasarana yang diperlukan bagi menyepadukan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran bahasa. Di samping itu, guru-guru bahasa perlu menerima latihan yang cukup bagi mengendalikan alat teknologi maklumat dan membina pakej pembelajaran Bahasa Melayu melalui komputer.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2002) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu mestilah berpusatkan pelajar bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran berbahasa melalui pengalaman sendiri. Dengan cara ini pelajar-pelajar dapat membina keyakinan berbahasa.

Pada tahun 2003 pula, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di semua sekolah bagi murid-murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah. Kementerian berpendapat bahawa pendedahan awal dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dapat menguatkan asas bahasa Inggeris murid-murid serta menambahkan konteks penggunaan bahasa Inggeris. Dasar pelaksanaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada pihak yang menyokong dasar itu, tetapi ada juga yang tidak bersetuju. Golongan nasionalis Cina tidak bersetuju dengan dasar ini kerana mereka berpendapat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina tidak menghadapi masalah pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Pertukaran bahasa pengantar daripada bahasa ibunda pelajar ke bahasa Inggeris akan menjejaskan pencapaian murid-murid-murid di sekolah tersebut (Utusan Malaysia 26 Julai 2002). Sementara itu, ahli bahasa dan pejuang-pejuang bahasa Melayu pula berpendapat bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah iangkah permulaan ke arah menjadikan bahasa itu sarana dominan dalam sistem pendidikan negara dalam jangka panjang (Kamal Shukri 2002). Namun demikian, mereka tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan kunci untuk mencari ilmu baru, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Pada pendapat mereka, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama penting dan disarankan agar dijalankan secara selling dan dipastikan keberkesanan pengajarannya (Nik Safiah 2001; Juriah 2002). Oleh itu, ahli-ahli bahasa mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mempertingkatkan prasarana untuk pengajaran bahasa Inggeris sebagai alternatif kepada dasar baru tersebut.

Akhirnya, pada 8 Julai 2009 Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu pada tahun 2012 di semua peringkat persekolahan. Keputusan ini dibuat bagi memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan Langkah mi diambil selepas kerajaan membuat penelitian terhadap hasil-hasil kajian tentang pelaksanaan PPSMI serta keputusan beberapa sesi perbincangan meja bulat antara pihak kerajaan dengan pertubuhan dan badan yang berkaitan dengan pendidikan. Pihak kerajaan akan merancang beberapa strategi baqi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta memartabatkan status bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

Berdasarkan huraian di atas ternyata bahawa dekad pertama abad ke-21 beberapa perubahan telah berlaku dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Perubahan-perubahan ini mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan dasar Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat mikro di sekolah.

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PADA ABAD KE-21

Bahagian ini akan mengemukakan dan membincangkan dapatan kajian tentang pendidikan Bahasa Melayu sepanjang dekad pertama abad ke-21. Selain itu bahagian ini juga akan mengenal pasti masalah-masalah pendidikan bahasa Melayu yang dapat menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Masalah-masalah ini perlu diatasi oleh pelaksana dasar di peringkat mikro bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu. Aspek-aspek pendidikan Bahasa Melayu yang akan dikemukakan dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Kualiti bahasa Melayu pelajar dan keyakinan mereka terhadap Bahasa Melayu.
  • Asas bahasa Melayu guru.
  • Asas pedagogi guru bahasa Melayu.
  • Kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi pendidikan swasta.

Prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu pada anad ke-21 belum sampai kepada tahap yang boleh dibanggakan. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2000 menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam media massa. Keputusan peperiksaan itu menunjukkan 49,966 (14%) orang pelajar yang mengambil peperiksaan itu gagal memperoleh sijil penuh kerana tidak lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Berita Harian 2002, 27 Februari: 1) Kajian di peringkat mikro juga menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Melayu pelajar masih belum sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. Dapatan kajian Ramlee et al. (2000) menunjukkan pelajar-pelajar masih melakukan kesalahan tatabahasa (morfologi dan sintaksis) dalam penggunaan bahasa mereka. Namun demikian, sebahagian besar daripada pelajar-pelajar bukan Melayu (Cma) menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu (Zamri & Zarma 2001).

Dalam pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dalam Sistem Pendidikan, bukti-bukti kajian menunjukkan bahawa golongan pelajar dan pekerja berkeyakinan bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan pada abad ke-21 bagi memmdahkan ilmu dan kemahiran untuk pembangunan sumber manusia.

Hasil kajian Juriah et al. (2001, 2002) menunjukkan para pekerja d. sektor awam dan swasta di beberapa buah negeri di Malaysia berpendapat bahawa tetecamtflan berbahasa Melayu perlu bagi pembangunan sumber manusia pada abad ke-21 Mereka berpendapat bahasa Melayu penu \>agi peYena, prrt*^ dan separa profesional. Pekerja profesional memerlukan bahasa Melayu bag. menjalinkan hubungan sosial dengan para pekerja separa profesional lebih memerlukan bahasa Melayu bagi memindahkan maklumat dan kemahiran untuk menggerakkan tenaga pekeija di bawah kawalan mereka, mengawal serta menguruskan tugas-tugas di tempat kerja dan berhubung dengan syarikat/agensi-agensi lain dalam negara.

Dalam hal ini pekerja dan pelajar berpendapat bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai peranan masing-masing pada abad ke-21. Oleri itu pelaksana dasar di peringkat makro perlu memastikan bahawa dalam Penyediaan tenaga kerja pada abad ke-21, penekanan yang seimbang perlu diberi terhadap pembelajaran kedua-dua bahasa supaya para pengguna dapat memanfaatkannya bagi pembangunan negara. Ini bermakna bahawa pada abad ke-21 periu wujud sikap yang sihat dalam kalangan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris. Situasi penggunaan kedua-dua bahasa in. tidak boleh beVbentuk 'kalah-menang' yakni menggunakan bahasa Inggens tidak bermakna menolak penggunaan bahasa Melayu (Nik Safiah 2001: 6).

Hasil kajian menunjukkan bahawa sesetengah guru Bahasa Melayu tidak mempunyai asas bahasa Melayu yang mantap. Dapatan kajian Junah Long et al. 2002), Siti Normaniseh (2003) dan Hamidah (2004) menunjukkan bahawa sebahagian daripada guru-guru (28% - 37%) yang mengajar Bahasa Melayu d. sekolah menengah tidak mengkhusus dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu semasa di Institut Perguruan/Universit.. Justeru mereka bukan sahaja tidak dapat mentafsir dan mentedemahkan kandungan kunku urn untuk dilaksanakan secara tepat dan berkesan dalam pengajaran mereka teap, mereka juga tidak peka terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang berlaku daiam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ahli-ahli pendidikan bahasa tempatan dan di barat sependapat bahawa. seseorang guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan dalam dua perkara sebelum dapat mengajar. Pertama, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang bahasa yang handak diajar dan kedua, pengetahuan tentang perkaedahan pengajaran yang paling berkesan bagi membolehkan pelajar mempelajari bahasa. Ahli-ahli bahasa berpendapat bahawa, pengetahuan tentang rumus tatabahasa ialah asas pembelajaran bahasa. Tegasnya, guru bahasa Melayu perlu menguasa. asas tatabahasa bahasa Melayu sebelum mengajar, supaya mereka dapat membezakan penggunaan bahasa yang tepat dengan yang tidak tepat.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM mencadangkan buku Tatabahasa Dewan (Nik Safiah et al. 1996) sebagai buku tatabahasa pegangan yang periu diqunakan oleh guru bahasa Melayu dalam pengajaran mereka. Asas-asas tatabahasa bahasa Melayu yang terdapat dalam buku ini perlu dikuasai oleh guru sebelum mengajar kecekapan berbahasa dan aspek-aspek bahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Melalui cara ini, guru bahasa Melayu akan menjadi model pengguna bahasa yang baik kepada pelajar-pelajar mereka. Pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro perlu memastikan guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang bahasa Melayu sahaja layak mengajarkan mata pelajaran tersebut di sekolah.

Guru-guru bahasa Melayu perlu mempunyai asas pengajaran dalam bidang pengkhususan mereka iaitu Bahasa Melayu. Pedagogi bahasa adalah prosedur mengajar yang terbentuk berasaskan prinsip-prinsip linguistik dan psikologi bagi menyelesaikan maslah pengajaran bahasa. Oleh sebab pengajaran bahasa adalah tugas amali, guru-guru perlu menggunakan pengetahuan dalam bidang ilmu linguistik dan psikologi bagi memandu mereka dalam pengajaran bahasa. Guru bahasa Melayu mestilah terdiri daripada calon-calon yang terlatih dalam bidang pengkhususan mereka supaya mereka berkemampuan untuk memilih pedagogi yang selaras dengan kebolehan pelajar-pelajar mereka.

Perkembangan pendidikan bahasa Melayu di negara kita pada hari ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa perlu menguasai pedagogi pengajaran kepada tiga kumpulan pelajar, iaitu pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua; dan pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing (khususnya di IPTS). Asas pedagogi bahasa untuk ketiga-tiga kumpulan pelajar ini perlu dikuasai oleh guru bahasa Melayu sebelum mengajar.

Kajian menunjukkan bahawa perkembangan pendidikan semasa juga memerlukan guru bahasa Melayu mempunyai kemahiran menggunakan pedagogi bestari dalam pengajaran mereka. Pedagogi bestari memberi penekanan kepada pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar, kebolehan menyepadukan nilai, kemahiran belajar dan berfikir dalam pengajaran bahasa serta mengaplikasi dan menyepadukan teknologi maklumat dalam pengajaran.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Bestari, guru-guru didapati kurang menggunakan alat teknologi walaupun mereka sedar dan bersetuju tentang kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari (Arniza 2001; Zulkipli 2005). Guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Bestari sering menggunakan strategi sepadu melalui penyerapan dan penggabungjalinan serta strategi berpusatkan pelajar berbanding strategi pembelajaran melalui internet, pakej dan bahan perisian komputer (Amiza 2001; Zulkipli 2005).

Dapatan kajian Amiza menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Bestari yang dikaji kerap menggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu tetapi kurang kerap menyepadukan kemahiran teknologi maklumat dalam pengajaran. Sementara Zulkipli (2005) pula mendapati guru-guru di Sekolah Bestari yang dikaji menggunakan strategi berpusatkan guru dalam pengajaran mereka.

Kajian-kajian penggunaan teknologi maklumat dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah (Sabariah 2006; Suwarnee 2006; Zuraidah 2008) juga menunjukkan pola dapatan yang sama. Guru-guru Bahasa Melayu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran, sementara pengetahuan dan kemahiran mereka tentang teknologi maklumat adalah pada tahap sederhana. Sebaliknya, tahap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran pula berada pada tahap rendah dan sederhana (Suwarnee 2006, Zuraaidah 2008).
Namun demikian, dapatan kajian Zulkipli (2005) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tentang amalan kaedah dan strategi pengajaran guru bestari Bahasa Melayu yang mendapat iatihan dengan guru-guru yang tidak terlatih.

Tegasnya, bukti-bukti daripada dapatan kajian di atas memberi implikasi bahawa guru di Sekolah Bestari dan di Sekolah Menengah Harian yang dikaji tidak menguasai asas pedagogi semasa yang mantap bagi membolehkan mereka memilih kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran untuk pengajaran Bahasa Melayu. Bukti-bukti kajian menunjukkan pengajaran Bahasa Melayu pada abad ke-21 lebih kompleks dan mencabar. Justeru guru sebagai pelaksana dasar di peringkat mikro perlu menerima Iatihan sama da sebelum perkhidmatan atau dalam perkhidmatan supaya mereka lebih berkeyakinan dan berkemampuan menggunakan pendekatan dan perkaedahan pengajaran yang sesuai dengan pelajar serta selaras dengan prinsip-prinsip pengajaran semasa.

Kajian-kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS amat mengecewakan. Pengajaran bahasa Meiayu dilaksanakan sekadar 'melepas batuk di tangga' sahaja. Dapatan kajian Juriah et al. (2002) menunjukkan bahawa tenaga pengajar bahasa Melayu di sesetengah IPTS bukan sahaja terdiri daripada pengajar separuh masa tetapi mereka juga tidak mempunyai ijazah dalam bidang bahasa Melayu. Pengajaran bahasa Melayu di IPTS dijalankan dengan penggunaan kaedah dan bahan bantu yang konvensional (Juriah Long et ai. 2002; Nor Haslina 2004). Penggunaan makmal bahasa dan alat teknologi terkini seperti komputer dan projektor LCD amat jarang diamalkan.

Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menetapkan bahawa IPTS berperanan untuk menjayakan wawasan pendidikan ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan serta membantu kerajaan memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa tenaga kerja profesional dan separa profesional serta para pekerja berpendapat keterampilan berbahasa Melayu perlu bagi membantu mereka mengendalikan dan menguruskan kerja-kerja mereka i Juriah etal. 2002). Selain itu, bahasa Melayu penting bagi memindahkan ilmu dan kemahiran kepada pekerja-pekerja. Tegasnya, bahasa Melayu penting bagi menggerakkan pembangunan tenaga manusia dalam negara maju. Justeru pelaksana dasar di peringkat makro seperti Jabatan Pendidikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara perlu memastikan bahawa IPTS dapat memenuhi keperluan berbahasa Melayu pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan dalam bidang kerjaya.

Hasil kajian Juriah et al. (2002) menunjukkan bahawa 21% IPTS yang dikaji menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, manakala 37% bahasa Inggeris dan 42% menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Hasil temu bual dengan pentadbir IPTS, kajian mendapati bahawa sebahagian daripada IPTS yang dikaji tidak mengajarkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia kerana Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dalam surat edarannya, KP(JPS)5181/01/02(73) bertarikh 19 Disember 2000, telah memberi pengecualian kepada pengajaran bahasa kebangsaan/bahasa Melayu kepada pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti kursus peringkat sijil, diploma, dan ijazah di IPTS, sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau lulus dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat prinsipai Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kajian ini juga mendapati bahawa syarat kemasukan pelajar ke IPTS tidak memerlukan kelulusan minimum dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 37% pelajar yang mendapat gred lemah (P7, P8 dan F9) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM diterima masuk ke IPTS yang dikaji. Keadaan ini adalah berbeza dengan syarat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang memerlukan keputusan sekurang-kurangnya C6 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM. Syarat kemasukan yang diamalkan oleh IPTS yang dikaji tidak memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan statusnya sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Jabatan Pendidikan Swasta perlu lebih tegas dalam pemantauan pengajaran dan pembelajaran di IPTS supaya selaras dengan perkembangan pendidikan semasa. Tindakan ini amat perlu kerana Akta Pendidikan 1996 menetapkan IPTS mempunyai peranan yang sama dengan institusi pendidikan awam bagi menjayakan wawasan pendidikan menuju ke arah kecemerlangan pendidikan. Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 juga telah memberi kelonggaran kepada IPTS dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Tinggi tidak sepatutnya memberi kelonggaran tambahan dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib. Jabatan Pendidikan Swasta melalui Kementerian Pelajaran perlu memberi latihan profesional kepada pengajar-pengajar di institusi pendidikan swasta bagi meningkatkan kualiti pengajaran para pengajar di institusi pendidikan swasta bagi membolehkan mereka mendidik pelajar menjadi agen pembangunan negara.

PENUTUP

Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang masing-masing diiembagakan menerusi Perundangan Malaysia sebagai Akta Pelajaran 1961, Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pendidikan 1996 berhasrat untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar ilmu di institusi pendidikan. Bahasa Melayu sekali gus diharap dapat memainkan peranan tersirat sebagai bahasa pemersatu dan lambang jati diri masyarakat Malaysia yang merdeka.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui institusi pendidikan guru-guru serta kurikulum pendidikan Bahasa Melayu telah berusaha untuk melaksanakan Dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang dihasratkan dalam sistem pendidikan.

Namun dalam melaksanakan hasrat murni itu, bukti-bukti daripada hasil kajian terdahulu menunjukkan wujud jurang antara hasrat unggul dalam Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan dasar pelaksanaan di institusi pendidikan awam dan swasta. Selain itu, bukti-bukti menunjukkan bahawa dalam pelaksanaan dasar di peringkat makro terdapat perbezaan tekad dan iltizam antara pelaksana dasar pada tahun-tahun selepas merdeka dengan pelaksana dasar pada abad ke-21. Pelaksanaan pada peringkat mikro pula menunjukkan kualiti pendidikan bahasa serta hasilnya, iaitu pengamal bahasa itu sendiri, tidak sampai kepada tahap yang boleh dibanggakan. Kadangkala, kita terpaksa berhadapan dengan guru-guru yang tidak mempunyai keterampilan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, terutama sekali di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Masalah ini bertambah parah lagi oleh sikap sambil lewa sesetengah para pendidik serta pelajar yang menganggap penguasaan bahasa Melayu standard tidak menjadi suatu perkara yang penting. Dari satu sudut pandangan lain, usaha kerajaan untuk meletakkan kembali bahasa Inggeris sebagai bahasa yang utama dan terpenting pada dekad terakhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 ini mengukuhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu.

Akta Pendidikan 1996 adalah suatu anjakan paradigma kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta ini membenarkan kewujudan satu lagi aliran pendidikan, iaitu Pendidikan Tinggi Swasta yang membolehkan bahasa Inggeris dan bahasa lain berperanan sebagai bahasa pengantar. la suatu penyimpangan daripada Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang unggul yang dilaksanakan pada tahun-tahun 60-am, 70-an dan 80-an. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa pengantar ilmu tidak lagi dianggap sebagai yang terutama. Ini menimbulkan suatu kekeliruan, sehinggalah agenda untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara, dan bahasa pengantar ilmu tidak mampu tiba ke garis penyelesaian. Tambahan pula, akhir-akhir ini dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan negara dalam dunia global, kerajaan telah melaksanakan dasar pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Dasar ini menekankan kepentingan bahasa Inggeris mengatasi kepentingan tahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan pada zaman ini. Kerajaan :elah membuat keputusan yang bijak bagi memansuhkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 8 Julai 2009 dan pada tahun 2012 Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu. Keputusan ini a mat wajar kerana dapatan-dapatan kajian menunjukkan PPSMI membebankan ramai pelajar dan guru khususnya di luar bandar.

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan, pendidikan bahasa Melayu pada abad ke-21 mestilah berperanan untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa pengantar ilmu. Justeru para pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro perlu menjadikan penyelesaian beberapa masalah pendidikan bahasa Melayu sebagai agenda penting abad ke-21. Masalah tersebut ialah masalah kualiti bahasa Melayu para pelajar dan guru, keterampilan mengajar guru, :dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa, serta masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Kajian-kajian mendapati masalah-masalah ini merupakan masalah utama dalam pendidikan bahasa Melayu, di samping masalah sikap pelajar, guru serta pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro. Selain itu, kertas kerja ini juga berpendapat bahawa dalam usaha kita membina tamadun Malaysia moden di mana bahasa mempunyai peranan yang utama, kita haris mengambil iktibar daripada pengalaman beberapa negara seperti Jepun, Korea, Perancis, Rusia dan beberapa negara di Scandinavia. Bahasa pengantar ilmu bagi negara-negara itu adalah bahasa kebangsaan mereka.

Bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai bahasa pemersatu dan lambang jati diri bangsa. Bahasa kebangsaan tidak pernah menjadi hambatan untuk kemajuan dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi. Sebaliknya, pemikiran, kreativiti dan ciptaan baru berjaya dihasilkan melalui bahasa yang paling akrab dengan hati dan nurani penuturnya, iaitu bahasa kebangsaan.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. 1996. Pendidikan dan patriotisme Malaysia. Dalam Asraf (pnyt.). Manifesto bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Abdul Ghani Othman. 2000. Politik bahasa, bahasa politik. Syarahan Raja Haji Ali. 2000. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Abdul Rahim Bakar. 2000. Bahasa jiwa bangsa - perspektif politik dan pejuang bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Arniza Mokhtar. 2001. Pelaksanaan strategi pengajaran bahasa Melayu Sekolah Bestari di Negeri Sembilan. Tesis sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. 1993. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fowler, F.C. 2000. Policy studies for educational leaders: An introduction. New Jersey: Merrill-Prentice Hall.

Fullan, H. 1991. Planning, doing and coping with change. Dim. Moon et al. (pnyt.). Policies for the curriculum. London: Hodderand Stroughton.

Hassan Ahmad, 1996. Peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara. Dalam Asraf (pnyt.) Manifesto budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Juriah Long. 2002. Pendidikan Bahasa Melayu: Antara hasrat dengan pelaksanaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Juriah Long, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Wamoh Katiman, Zarin Ismail, Khalid Abdullah, Puteh Mohamed & Hamidah Yamat. 1999. Pendidikan bahasa Melayu di IPTS. Satu Kajian Analisis. Projek Penyelidikan G2/97. Fakulti Pendidikan, UKM.

Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi. Warnoh Katiman, Zaini Mahbar & Puteh Mohamed. 2002. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bagi memenuhi dasar pendidikan kebangsaan dan pembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Projek IRPA 07-02-02-0049. Fakulti Pendidikan, UKM.

Juriah Long, Puteh Mohamed & Hamidah Yamat. 2002a. Strategi pengajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris: Satu perbandingan. Projek GG 006/2002. Fakulti Pendidikan, UKM.

Juriah Long, Nooreiny Maarof, Khalid Abdullah, Zaini Mahbar, Puteh Mohamed, Zarin Ismail. 2004. Kecekapan berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris di (PTA: Satu analisis keperluan majikan. Projek IRPA: 07-02-02-0018 EA172.

Juriah Long, Khalid Abdullah, Zaini Mahbar, Zarin Ismail. Mohd Izham Mohd Hamzah, Jamalullail Abd. Wahab 2006. Pemerkasaan sekolah menengah ke arah memupuk perpaduan kaum dan pembangunan sumber manusia kelas pertama. Projek FRGS:

Kamal Shukri Abdullah Sani. 2002. Kesan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di institusi pendidikan di Malaysia. Siri Bicara Bahasa, Bil. 15. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1971. Laporan Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. The Malaysian smart school implementation plan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah Bahasa Melayu tingkatan empat. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa & Abd. Hamid Mahmod. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. 2001. Pemerkasaan bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Mac, 1(3): 5-8.

Nik Safiah Karim. 1998. Bahasa Melayu dan pemerkasaan. Kertas kerja Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Anjuran Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2-3 Mei.

Nik Safiah Karim. 1996. Bahasa Melayu dan kemajuan bangsa. Dim. Asraf (pnyt) Manifesto budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Ornstein, A.L. & Hunkins, F. 1993. Curriculum: foundations, principles and theory.Boston: Allyn & Bacon.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM - Edisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2000. Sukatan Pelajaran KBSM: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Raja Mohd Fauzi Raja Musa. 1997. Policy and practice under the philosophy of education. Tesis PhD. University of Manchester.

Shahrir Mohamed Zain. 1996. Benturan dan budaya dalam pembangunan sains dan teknologi di Malaysia. Dalam Asraf (pnyt) Manifesto Budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Sabariah Samsuri. 2006. Kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah daerah Seremban. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.

Zainal Abidin Abdul Wahab. 1996, Bahasa Melayu dan pendidikan: perlunya ketelitian dan pemikiran jangka panjang. Dalam Asraf (pnyt) Manifesto Budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Zamri Mahamod & Zarina Othman. 2001. Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Strategi pembelajaran bahasa pelajar sekolah menengah. Jurnal Bahasa, 3(2): 263 - 319.

Zulkipli Md. Aros. 2005. Strategi pengajaran Bahasa Melayu berpusatkan pelajar di Sekolah Bestari, Negeri Selangor Darul Ehsan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.