Saturday, June 26, 2010

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PADA ABAD KE-21: ANTARA HASRAT DENGAN PELAKSANAAN

Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada lima dekad yang lalu. Selama itu pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui dalam dasar dan akta terpaksa diubahsuai dan dilaksanakan mengikut tuntutan semasa, sehinggakan para pengkaji dan pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Berpandukan kerangka teori jurang kertas kerja ini cuba meneliti hasrat dasar bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. selanjutnya, berdasarkan bukti-bukti kajian terdahulu, kertas kerja ini juga cuba menilai sejauh mana pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu pada abad ke-21 dapat merealisasikan hasrat tersebut. Hasil penelitian menunjukkan bahawa pencapaian pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia didapati tidak selaras dengan hasratnya. Bukti-bukti kajian menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hasrat dengan pelaksanaan dasar di institusi pendidikan awam dan swasta. Kualiti pendidikan bahasa serta produknya tidak sampai kepada tahap yang dibanggakan. Penekanan kerajaan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan pada abad ke-21 meneguhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu. Namun golongan pelajar dan pekerja yakin bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berperanan untuk pembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Oleh itu, selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan.

PENGENALAN

Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada lima dekad. Selama itu jugalah pihak kerajaan dan pejuang bahasa berusaha mendaulatkan bahasa Melayu, kadangkala dalam keadaan bergeseran, sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar bagi merealisasikan matlamat tidak berjalan dengan licin. Ini kerana hasrat yang telah dipersetujui melalui Dasar dan Akta yang telah mantap lagi jitu terpaksa diubah suai mengikut suasana dan tuntutan semasa, sehingga para pengkaji dan lebih-.ebih lagi pengamal dasar berada dalam keadaan keliru. Para pengamal dasar oula mendapati kelemahan-kelemahan tertentu yang sukar di atasi pada peringkat pelaksanaan.

Kita menerima hakikat bahawa setiap dasar negara yang dulunya telah digubal dan diterima umum memerlukan kajian semula atau pengubahsuaian demi memenuhi tuntutan semasa dan sekitaran yang sentiasa berubah, Namun, biarlah setiap yang ditukar dan diubah suai mampu memudah serta mempercepatkan kita mencapai matlamat yang dituju. Fokus kertas kerja ini terhad kepada pelaksanaan pengajaran bahasa Velayu sebagai mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan untuk merealisasikan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan serta mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para pendidik dan pelaksana dasar dalam mengamalkan dasar tersebut. Selain itu, kertas kerja ini juga akan mengemukakan pengalaman dan membincangkan pandangan serta dapatan para penyelidik tempatan tentang sikap serta amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Seperti pengkaji dasar terdahulu (Fullan 1991; Fowler 2000), kita rerpendapat bahawa melalui pendekatan penelitian seperti ini, kita dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi pada peringkat paksanaan bagi memastikan matlamat pelaksanaan dasar tercapai.

Persoalan yang dibincangkan dalam kertas kerja ini terbahagi tiga dimensi: Apakah hasrat atau semangat Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Kedua, sejauh manakah Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikann Kebangsaan tertaksana pada abad ke-21? Akhirnya, apakah agenda pendidikan bahasa Melayu yang masih belum disempurnakan dan perlu diperbaiki bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu.

Maksud bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu yang digunakan bagi membincangkan persoalan di atas adalah berlandaskan takrif ilmu linguistik. Bahasa kebangsaan adalah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara dan berfungsi sebagai bahasa pemersatu rakyat. Bahasa rasmi pula adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, termasuk dalam sistem pendidikan. Sementara bahasa pengantar ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Bahasa ini mempunyai dua ciri utama. Pertama, kesempurnaan bahasa, yakni ketepatan bahasa dengan fungsi penggunaannya. Kedua, keintelektualan bahasa yakni keupayaan bahasa, mengungkapkan pelbagai ilmu dan buah fikiran dengan tepat dan berkesan Safiah 1992, 1998; Asmah 1993).

Pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu akan dibuat berpandukan teori jurang yang pernah dibincangkan oleh Ornstein dan Hunkins (1993) dan digunakan oleh penyelidik tempatan dalam kajian mereka (Juriah & Robiah 1994; Raja Mohd Fauzi 1997; Juriah et al. 1999, 2002, 2004, 2006). Dalam kajian-kajian tersebut, teori itu digunakan bagi menentukan jurang antara keadaan semasa dengan keadaan yang diingini. Jurang perbezaan antara kedua-dua keadaan ini dikenal pasti sebagai keperluan yang wajar dipenuhi bagi memastikan matlamat yang menjadi sasaran dapat tercapai.

Kertas kerja ini beranggapan bahawa sesuatu dasar mempunyai dua unsur penting, iaitu hasrat atau semangat dasar yang merupakan inti pati kandungan dasar, dan pelaksanaan dasar yang merupakan tindakan pengendalian hasrat dasar dalam amalan seharian sesebuah organisasi kerajaan mahupun bukan kerajaan atau swasta. Kita juga berpendapat bahawa iltizam dan keupayaan pelaksana perlu dikekalkan bagi menjayakan matlamat pelaksanaan dasar.

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN MALAYSIA

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, keperluan untuk mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan serta lambang identiti dan citra negara amat mendesak. Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Malaysia 1970: 222) memperuntukkan: bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.

Namun demikian, penduduk Malaysia mempunyai kebebasan menggunakan bahasa-bahasa lain dalam urusan tidak rasmi serta mempelajari bahasa-bahasa tersebut (Malaysia 1970: 222 - 223). Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang disemak pada 1971 pula memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu digunakan bagi semua maksud-maksud rasmi.

Tegasnya, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 162/167 (disemak pada tahun 1971) menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal dan bahasa rasmi di negara Malaysia. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan, telah dijadikan asas pembinaan negara, khususnya melalui peranannya sebagai bahasa pembentuk jati diri negara bangsa, sebagai bahasa perpaduan kaum, sebagai bahasa rasmi pentadbiran negara, dan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara Malaysia.

Akta Pelajaran 1961 yang menjadi kerangka rujukan pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara sehingga digantikan oleh Akta Pendidikan 1996, dibentuk berasaskan syor-syor Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan mata pelajaran bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah, menjadikan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran mata pelajaran yang wajib dipelajari di semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan sekiranya munasabah dan praktikal dan sekiranya ibu bapa lebih daripada lima belas orang murid memohon kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diadakan; menjadikan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama di semua sekolah menengah kebangsaan, manakala bahasa inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib; dan pengajaran bahasa kebangsaan adalah wajib bagi semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil boleh diajar sekiranya praktikal dan munasabah, dan sekiranya lebih daripada lima belas orang ibu bapa murid memohon.

Berdasarkan hakikat di atas, ternyata bahawa peruntukan dasar bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan yang temyata secara eksplisit dalam Akta Pelajaran 1961 menetapkan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib. Hasrat ini adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

Pada akhir 60-an dan awal 70-an, telah berlaku perkembangan pesat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, perisytiharan Rukun Negara pada 1970, dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada1973 telah mendorong kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Justeru pada 1974 sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan laporannya diterbitkan pada 1979. Tujuan Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji sama ada Sistem Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum pada masa itu dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat yang diperlukan oleh negara dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang, serta sama ada sistem pendidikan kebangsaan dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979:1)

Jawatankuasa Kabinet (1979) yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed memperakui peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi utama. Jawatankuasa ini juga berpendapat bahasa Melayu wajar menjadi bahasa ilmu pengetahuan, bahasa lingua franca bagi keseluruhan negara dan bahasa perpaduan. Oleh itu, pengajaran bahasa Melayu di sekolah mestilah berlandaskan objektif yang berkaitan peranan tersebut (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979: 85). Jawatankuasa itu memperakui pengajaran bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib pada semua peringkat, jenis sekolah dan kelulusan dalam mata pelajaran itu dijadikan syarat untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan awam (Kementerian Pelajaran Malaysia 1979: 84).

Pada tahun 1996, Akta Pendidikan 1961 telah dikaji dan diteliti. Satu Akta Pendidikan baru telah digubal bagi memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan supaya sejajar dengan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 1998a) memperakui bahawa kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial, rohani dan etika perlu dicapai melalui satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama serta menggunakan satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama.

Di samping itu, perakuan-perakuan Akta Pendidikan 1996 juga memberi maksud bahawa sebagai sistem pendidikan di negara maju, Sistem Pendidikan Kebangsaan di Malaysia perlu berkemampuan untuk melengkapkan pelajar dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan keterampilan yang diperlukan dalam negara maju, di samping mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik dan dinamik. Kualiti pendidikan yang dihasilkan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan pula perlulah bertaraf dunia. Justeru bahasa Inggeris terus dijadikan bahasa kedua dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, di peringkat sekolah menengah bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis dan bahasa asing asing lain juga diajar.

Status dan kedudukan pendidikan bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan 1996 ternyata di bawah bahagian Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dalam seksyen 15 dan 16 Akta Pendidikan 1996, diperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. Sistem ini meliputi tiga kategori institusi pendidikan, iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah Jenis Kebangsaan ataupun mana-mana institusi pendidikan yang diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan (Lembaga Penyelidikan Undang-undang 1998a: 25). Institusi pendidikan yang diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan perlu mengajarkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib. Tegasnya, Akta Pendidikan 1996 adalah anjakan paradigma bagi Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta ini memperluas skop Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan bagi meliputi semua peringkat persekolahan dan kategori sekolah. Di samping itu, Akta ini juga memberi kelonggaran kepada institusi pendidikan swasta yang terangkum dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar sekiranya diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan.

Pada 1996, Kementerian Pendidikan juga mewujudkan satu Akta Pendidikan khusus untuk pendidikan swasta yang dikenali sebagai Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), bertujuan untuk mengawal selia segala aspek tentang pendidikan swasta, termasuklah aspek penubuhan, pendaftaran, pengurusan, pengawalseliaan serta kawalan kualiti pendidikan. Keadaan ini dianggap perlu kerana institusi pendidikan swasta memainkan peranan sebagai pelengkap kepada pendidikan di sektor awam bagi memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau yang menghasilkan pendidikan yang kualitinya bertaraf dunia (Najib 1996).

Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama di institusi pendidikan tinggi swasta. Walaupun demikian, Akta itu juga memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk memberi pengecualian kepada institusi pendidikan tinggi swasta tertentu dalam pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai pengantar utama.

Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta (1996) hangat dibincangkan oleh ahli-ahli bahasa dan cendekiawan Melayu pada akhir abad ke-20. Mereka berpendapat pelaksanaan Akta itu akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan (Zainal Abidin 1996; Shahrir 1996; Abdullah 1996; Hassan 1996; Nik Safiah 1996; Abdul Rahim 2000; Abdul Ghani 2000).

Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pelajaran 1961 berhasrat untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar ilmu di institusi pendidikan. Bahasa Melayu sekaligus diharap dapat memainkan peranan tersirat sebagai bahasa pemersatu dan lambang jati diri masyarakat Malaysia yang merdeka.

Sementara itu, Akta Pendidikan 1996 perlu dianggap sebagai suatu anjakan paradigma kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta ini membenarkan kewujudan satu lagi aliran pendidikan dalam sistem kebangsaan iaitu pendidikan swasta yang membolehkan bahasa Inggeris dan bahasa lain berperanan sebagai bahasa pengantar sekiranya mendapat kebenaran Menteri Pelajaran. Peruntukan ini adalah suatu penyimpangan daripada dasar bahasa dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang unggul yang dilaksanakan pada tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa pengantar ilmu tidak lagi dianggap sebagai yang terutama. Ini menimbulkan suatu kekeliruan sehinggalah agenda untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar ilmu tidak mampu tiba ke garis penyelesaian. Akhir-akhir ini dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan negara dalam dunia global kerajaan untuk memartabatkan negara dalam dunia global, kerajaan telah melaksanakan dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 2003. Dasar sedemikian menekankan kepentingan bahasa Inggeris mengatasi kepentingan bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, pada Julai 2009 kerajaan telah memutuskan kedua-dua mata pelajaran akan kembali diajar dalam bahasa Melayu pada 2012.


SENARIO PENDIDIKAN PADA ABAD KE-21

Pada dekad terakhir abad ke-20 beberapa perubahan pesat berlaku dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia hasil daripada kemajuan sains dan teknologi serta ledakan maklumat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga dihadapkan dengan cabaran baru, iaitu hasrat Malaysia kuga dihadapkan dengan cabaran baru, iaitu hasrat Malaysia menjadi negara maju dalam segala segi; ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan menjelang tahun 2020, seperti diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed (Mahathir: 1991: 2). Cita-cita luhur ini yang dikenali sebagai Wawasan 2020 dijadikan asas Dasar Wawasan Negara yang dibentuk untuk memberi hala tuju bagi membolehkan Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.

Pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara. Oleh itu, Sistem Pendidikan Kebangsaan perlu dimantapkan supaya berkeupayaan untuk merealisasikan Wawasan 2020. Selaras dengan perkembangan dalam masyarakat yang berlaku pada zaman ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961 telah dikaji dan diteliti. Satu Akta Pendidikan baru telah digubal bagi menangani cabaran abad ke-21 serta memenuhi tuntutan dan aspirasi Wawasan 2020. Akta Pendidikan 1996 diguna untuk melahirkan satu sistem pendidikan yang akan membolehkan masyarakat Malaysia, dengan berteraskan nilai murni, menguasai ilmu, kemahiran dan keterampilan yang diperlukan dalam dunia global dan semakin bersaing (Najib 1995).

Di peringkat makro Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa dasar pelaksanaan bag! menghadapi cabaran semasa. Untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan menjayakan Dasar Wawasan Negara, iaitu menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Kementerian Pendidikan telah merancang dan memperkenalkan konsep Sekolah Bestari pada 1996 dalam kertas konsep kurikulum abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996). Selanjutnya konsep ini diperkemas dan dimantapkan pada 1997. Pada 1999, 90 buah sekolah di seluruh negara telah dipilih sebagai projek percubaan Sekolah Bestari bagi mengajar empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kementerian menjangkakan bahawa menjelang 2010, semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan Sekolah Bestari sebagai sebuah institusi pembelajaran yang mengamalkan perubahan yang sistematik dari aspek pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi membolehkan pelajar menangani cabaran dalam era teknologi maklumat. Kurikulum Sekolah Bestari member! penekanan kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang, kesepaduan antara pengetahuan, kemahiran nilai serta penggunaan bahasa yang betul merentas telekomunikasi antarabangsa dan model kecemerlangan pendidikan antarabangsa. Kurikulum pembelajaran mengikut keupayaan semua pelajar serta mengintegrasikan pelbagai disiplin, ilmu pengetahuan kemahiran, nilai dan sikap yang sesuai dalam era maklumat. Teknologi maklumat pula digunakan bagi mengumpulkan, menganalisis, memproses dan mempersembahkan maklumat untuk pembelajaran yang lebih bermakna bagi menyediakan pelajar kepada dunia pekerjaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Tegasnya, pelaksanaan Sekolah Bestari memerlukan satu anjakan paradigma dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Sekolah Bestari memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi maklumat digunakan sebagai alat bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna situasi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari berbeza dengan situasi yang wujud di sekolah biasa. Malah, guru-guru yang mengajar di Sekolah Bestari perlu mempunyai latihan ikhtisas yang mantap sebelum dapat mengajar di sekolah-sekolah tersebut.

Untuk melicinkan pelaksanaan projek Sekolah Bestari pada peringkat awai, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan telah mengadakan Kursus Latihan Guru Sekolah Bestari selama 14 minggu bagi melatih guru-guru yang terlibat dalam Projek Percubaan Sekolah Bestari.

Di samping itu, dalam Pendidikan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan juga telah menyemak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan menggubalnya semua berdasarkan penggunaan bahasa untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu bagi menghadapi rintangan dan cabaran pendidikan pada abad ke-21. Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum 2000) adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperiuan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.

Secara keseluruhannya, Sukatan Pelajaran KBSM: Bahasa Melayu yang digubal semula pada tahun 2000 mempunyai gabungan ciri-ciri yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Sekolah Menengah (1987) dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Edisi Sekolah Bestari (T998). Kedua-dua Sukatan Pelajaran ini memberikan penekanan kepada pengajaran Bahasa Melayu secara sepadu dan menyeluruh. Namun demikian, untuk memastikan hasrat yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran ini dapat difahami dan dihayati oleh guru dalam amalan pengajaran di dalam bilik darjah, kementerian perlu memastikan bahawa guru mendapat latihan yang cukup bagi membolehkan mereka memahami kandungan kurikulum dan menguasai kemahiran-kemahiran generik (kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kemahiran bernilai tambah) yang perlu disepadukan dalam pengajaran bahasa.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu 2000, dan murid-murid diuji tentang aspek ini dalam peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan juga telah menetapkan dan memantapkan beberapa teks sastera yang digunakan dalam pengajaran komponen sastera kepada murid-murid di setiap tingkatan. Namun demikian, selaras dengan penekanan kementerian terhadap penyepaduan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21, Kementerian juga perlu memastikan bahawa semua sekolah dilengkapi dengan prasarana yang diperlukan bagi menyepadukan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran bahasa. Di samping itu, guru-guru bahasa perlu menerima latihan yang cukup bagi mengendalikan alat teknologi maklumat dan membina pakej pembelajaran Bahasa Melayu melalui komputer.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2002) Kementerian Pendidikan Malaysia menekan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu mestilah berpusatkan pelajar bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran berbahasa melalui pengalaman sendiri. Dengan cara ini pelajar-pelajar dapat membina keyakinan berbahasa.

Pada tahun 2003 pula, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di semua sekolah bagi murid-murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah. Kementerian berpendapat bahawa pendedahan awal dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dapat menguatkan asas bahasa Inggeris murid-murid serta menambahkan konteks penggunaan bahasa Inggeris. Dasar pelaksanaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada pihak yang menyokong dasar itu, tetapi ada juga yang tidak bersetuju. Golongan nasionalis Cina tidak bersetuju dengan dasar ini kerana mereka berpendapat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina tidak menghadapi masalah pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Pertukaran bahasa pengantar daripada bahasa ibunda pelajar ke bahasa Inggeris akan menjejaskan pencapaian murid-murid-murid di sekolah tersebut (Utusan Malaysia 26 Julai 2002). Sementara itu, ahli bahasa dan pejuang-pejuang bahasa Melayu pula berpendapat bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah iangkah permulaan ke arah menjadikan bahasa itu sarana dominan dalam sistem pendidikan negara dalam jangka panjang (Kamal Shukri 2002). Namun demikian, mereka tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan kunci untuk mencari ilmu baru, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Pada pendapat mereka, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama penting dan disarankan agar dijalankan secara selling dan dipastikan keberkesanan pengajarannya (Nik Safiah 2001; Juriah 2002). Oleh itu, ahli-ahli bahasa mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mempertingkatkan prasarana untuk pengajaran bahasa Inggeris sebagai alternatif kepada dasar baru tersebut.

Akhirnya, pada 8 Julai 2009 Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu pada tahun 2012 di semua peringkat persekolahan. Keputusan ini dibuat bagi memartabatkan bahasa Melayu serta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan Langkah mi diambil selepas kerajaan membuat penelitian terhadap hasil-hasil kajian tentang pelaksanaan PPSMI serta keputusan beberapa sesi perbincangan meja bulat antara pihak kerajaan dengan pertubuhan dan badan yang berkaitan dengan pendidikan. Pihak kerajaan akan merancang beberapa strategi baqi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta memartabatkan status bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

Berdasarkan huraian di atas ternyata bahawa dekad pertama abad ke-21 beberapa perubahan telah berlaku dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Perubahan-perubahan ini mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan dasar Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat mikro di sekolah.

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PADA ABAD KE-21

Bahagian ini akan mengemukakan dan membincangkan dapatan kajian tentang pendidikan Bahasa Melayu sepanjang dekad pertama abad ke-21. Selain itu bahagian ini juga akan mengenal pasti masalah-masalah pendidikan bahasa Melayu yang dapat menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Masalah-masalah ini perlu diatasi oleh pelaksana dasar di peringkat mikro bagi memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu. Aspek-aspek pendidikan Bahasa Melayu yang akan dikemukakan dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Kualiti bahasa Melayu pelajar dan keyakinan mereka terhadap Bahasa Melayu.
  • Asas bahasa Melayu guru.
  • Asas pedagogi guru bahasa Melayu.
  • Kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi pendidikan swasta.

Prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu pada anad ke-21 belum sampai kepada tahap yang boleh dibanggakan. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2000 menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam media massa. Keputusan peperiksaan itu menunjukkan 49,966 (14%) orang pelajar yang mengambil peperiksaan itu gagal memperoleh sijil penuh kerana tidak lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Berita Harian 2002, 27 Februari: 1) Kajian di peringkat mikro juga menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Melayu pelajar masih belum sampai ke tahap yang boleh dibanggakan. Dapatan kajian Ramlee et al. (2000) menunjukkan pelajar-pelajar masih melakukan kesalahan tatabahasa (morfologi dan sintaksis) dalam penggunaan bahasa mereka. Namun demikian, sebahagian besar daripada pelajar-pelajar bukan Melayu (Cma) menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu (Zamri & Zarma 2001).

Dalam pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dalam Sistem Pendidikan, bukti-bukti kajian menunjukkan bahawa golongan pelajar dan pekerja berkeyakinan bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan pada abad ke-21 bagi memmdahkan ilmu dan kemahiran untuk pembangunan sumber manusia.

Hasil kajian Juriah et al. (2001, 2002) menunjukkan para pekerja d. sektor awam dan swasta di beberapa buah negeri di Malaysia berpendapat bahawa tetecamtflan berbahasa Melayu perlu bagi pembangunan sumber manusia pada abad ke-21 Mereka berpendapat bahasa Melayu penu \>agi peYena, prrt*^ dan separa profesional. Pekerja profesional memerlukan bahasa Melayu bag. menjalinkan hubungan sosial dengan para pekerja separa profesional lebih memerlukan bahasa Melayu bagi memindahkan maklumat dan kemahiran untuk menggerakkan tenaga pekeija di bawah kawalan mereka, mengawal serta menguruskan tugas-tugas di tempat kerja dan berhubung dengan syarikat/agensi-agensi lain dalam negara.

Dalam hal ini pekerja dan pelajar berpendapat bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai peranan masing-masing pada abad ke-21. Oleri itu pelaksana dasar di peringkat makro perlu memastikan bahawa dalam Penyediaan tenaga kerja pada abad ke-21, penekanan yang seimbang perlu diberi terhadap pembelajaran kedua-dua bahasa supaya para pengguna dapat memanfaatkannya bagi pembangunan negara. Ini bermakna bahawa pada abad ke-21 periu wujud sikap yang sihat dalam kalangan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris. Situasi penggunaan kedua-dua bahasa in. tidak boleh beVbentuk 'kalah-menang' yakni menggunakan bahasa Inggens tidak bermakna menolak penggunaan bahasa Melayu (Nik Safiah 2001: 6).

Hasil kajian menunjukkan bahawa sesetengah guru Bahasa Melayu tidak mempunyai asas bahasa Melayu yang mantap. Dapatan kajian Junah Long et al. 2002), Siti Normaniseh (2003) dan Hamidah (2004) menunjukkan bahawa sebahagian daripada guru-guru (28% - 37%) yang mengajar Bahasa Melayu d. sekolah menengah tidak mengkhusus dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu semasa di Institut Perguruan/Universit.. Justeru mereka bukan sahaja tidak dapat mentafsir dan mentedemahkan kandungan kunku urn untuk dilaksanakan secara tepat dan berkesan dalam pengajaran mereka teap, mereka juga tidak peka terhadap kesalahan-kesalahan bahasa yang berlaku daiam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ahli-ahli pendidikan bahasa tempatan dan di barat sependapat bahawa. seseorang guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan dalam dua perkara sebelum dapat mengajar. Pertama, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang bahasa yang handak diajar dan kedua, pengetahuan tentang perkaedahan pengajaran yang paling berkesan bagi membolehkan pelajar mempelajari bahasa. Ahli-ahli bahasa berpendapat bahawa, pengetahuan tentang rumus tatabahasa ialah asas pembelajaran bahasa. Tegasnya, guru bahasa Melayu perlu menguasa. asas tatabahasa bahasa Melayu sebelum mengajar, supaya mereka dapat membezakan penggunaan bahasa yang tepat dengan yang tidak tepat.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM mencadangkan buku Tatabahasa Dewan (Nik Safiah et al. 1996) sebagai buku tatabahasa pegangan yang periu diqunakan oleh guru bahasa Melayu dalam pengajaran mereka. Asas-asas tatabahasa bahasa Melayu yang terdapat dalam buku ini perlu dikuasai oleh guru sebelum mengajar kecekapan berbahasa dan aspek-aspek bahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Melalui cara ini, guru bahasa Melayu akan menjadi model pengguna bahasa yang baik kepada pelajar-pelajar mereka. Pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro perlu memastikan guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang bahasa Melayu sahaja layak mengajarkan mata pelajaran tersebut di sekolah.

Guru-guru bahasa Melayu perlu mempunyai asas pengajaran dalam bidang pengkhususan mereka iaitu Bahasa Melayu. Pedagogi bahasa adalah prosedur mengajar yang terbentuk berasaskan prinsip-prinsip linguistik dan psikologi bagi menyelesaikan maslah pengajaran bahasa. Oleh sebab pengajaran bahasa adalah tugas amali, guru-guru perlu menggunakan pengetahuan dalam bidang ilmu linguistik dan psikologi bagi memandu mereka dalam pengajaran bahasa. Guru bahasa Melayu mestilah terdiri daripada calon-calon yang terlatih dalam bidang pengkhususan mereka supaya mereka berkemampuan untuk memilih pedagogi yang selaras dengan kebolehan pelajar-pelajar mereka.

Perkembangan pendidikan bahasa Melayu di negara kita pada hari ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa perlu menguasai pedagogi pengajaran kepada tiga kumpulan pelajar, iaitu pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua; dan pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing (khususnya di IPTS). Asas pedagogi bahasa untuk ketiga-tiga kumpulan pelajar ini perlu dikuasai oleh guru bahasa Melayu sebelum mengajar.

Kajian menunjukkan bahawa perkembangan pendidikan semasa juga memerlukan guru bahasa Melayu mempunyai kemahiran menggunakan pedagogi bestari dalam pengajaran mereka. Pedagogi bestari memberi penekanan kepada pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar, kebolehan menyepadukan nilai, kemahiran belajar dan berfikir dalam pengajaran bahasa serta mengaplikasi dan menyepadukan teknologi maklumat dalam pengajaran.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Bestari, guru-guru didapati kurang menggunakan alat teknologi walaupun mereka sedar dan bersetuju tentang kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari (Arniza 2001; Zulkipli 2005). Guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Bestari sering menggunakan strategi sepadu melalui penyerapan dan penggabungjalinan serta strategi berpusatkan pelajar berbanding strategi pembelajaran melalui internet, pakej dan bahan perisian komputer (Amiza 2001; Zulkipli 2005).

Dapatan kajian Amiza menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Bestari yang dikaji kerap menggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu tetapi kurang kerap menyepadukan kemahiran teknologi maklumat dalam pengajaran. Sementara Zulkipli (2005) pula mendapati guru-guru di Sekolah Bestari yang dikaji menggunakan strategi berpusatkan guru dalam pengajaran mereka.

Kajian-kajian penggunaan teknologi maklumat dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah (Sabariah 2006; Suwarnee 2006; Zuraidah 2008) juga menunjukkan pola dapatan yang sama. Guru-guru Bahasa Melayu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran, sementara pengetahuan dan kemahiran mereka tentang teknologi maklumat adalah pada tahap sederhana. Sebaliknya, tahap penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran pula berada pada tahap rendah dan sederhana (Suwarnee 2006, Zuraaidah 2008).
Namun demikian, dapatan kajian Zulkipli (2005) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tentang amalan kaedah dan strategi pengajaran guru bestari Bahasa Melayu yang mendapat iatihan dengan guru-guru yang tidak terlatih.

Tegasnya, bukti-bukti daripada dapatan kajian di atas memberi implikasi bahawa guru di Sekolah Bestari dan di Sekolah Menengah Harian yang dikaji tidak menguasai asas pedagogi semasa yang mantap bagi membolehkan mereka memilih kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran untuk pengajaran Bahasa Melayu. Bukti-bukti kajian menunjukkan pengajaran Bahasa Melayu pada abad ke-21 lebih kompleks dan mencabar. Justeru guru sebagai pelaksana dasar di peringkat mikro perlu menerima Iatihan sama da sebelum perkhidmatan atau dalam perkhidmatan supaya mereka lebih berkeyakinan dan berkemampuan menggunakan pendekatan dan perkaedahan pengajaran yang sesuai dengan pelajar serta selaras dengan prinsip-prinsip pengajaran semasa.

Kajian-kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS amat mengecewakan. Pengajaran bahasa Meiayu dilaksanakan sekadar 'melepas batuk di tangga' sahaja. Dapatan kajian Juriah et al. (2002) menunjukkan bahawa tenaga pengajar bahasa Melayu di sesetengah IPTS bukan sahaja terdiri daripada pengajar separuh masa tetapi mereka juga tidak mempunyai ijazah dalam bidang bahasa Melayu. Pengajaran bahasa Melayu di IPTS dijalankan dengan penggunaan kaedah dan bahan bantu yang konvensional (Juriah Long et ai. 2002; Nor Haslina 2004). Penggunaan makmal bahasa dan alat teknologi terkini seperti komputer dan projektor LCD amat jarang diamalkan.

Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menetapkan bahawa IPTS berperanan untuk menjayakan wawasan pendidikan ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan serta membantu kerajaan memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa tenaga kerja profesional dan separa profesional serta para pekerja berpendapat keterampilan berbahasa Melayu perlu bagi membantu mereka mengendalikan dan menguruskan kerja-kerja mereka i Juriah etal. 2002). Selain itu, bahasa Melayu penting bagi memindahkan ilmu dan kemahiran kepada pekerja-pekerja. Tegasnya, bahasa Melayu penting bagi menggerakkan pembangunan tenaga manusia dalam negara maju. Justeru pelaksana dasar di peringkat makro seperti Jabatan Pendidikan Swasta dan Lembaga Akreditasi Negara perlu memastikan bahawa IPTS dapat memenuhi keperluan berbahasa Melayu pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan dalam bidang kerjaya.

Hasil kajian Juriah et al. (2002) menunjukkan bahawa 21% IPTS yang dikaji menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, manakala 37% bahasa Inggeris dan 42% menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Hasil temu bual dengan pentadbir IPTS, kajian mendapati bahawa sebahagian daripada IPTS yang dikaji tidak mengajarkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia kerana Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta dalam surat edarannya, KP(JPS)5181/01/02(73) bertarikh 19 Disember 2000, telah memberi pengecualian kepada pengajaran bahasa kebangsaan/bahasa Melayu kepada pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti kursus peringkat sijil, diploma, dan ijazah di IPTS, sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau lulus dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat prinsipai Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Kajian ini juga mendapati bahawa syarat kemasukan pelajar ke IPTS tidak memerlukan kelulusan minimum dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 37% pelajar yang mendapat gred lemah (P7, P8 dan F9) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM diterima masuk ke IPTS yang dikaji. Keadaan ini adalah berbeza dengan syarat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang memerlukan keputusan sekurang-kurangnya C6 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM. Syarat kemasukan yang diamalkan oleh IPTS yang dikaji tidak memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan statusnya sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Jabatan Pendidikan Swasta perlu lebih tegas dalam pemantauan pengajaran dan pembelajaran di IPTS supaya selaras dengan perkembangan pendidikan semasa. Tindakan ini amat perlu kerana Akta Pendidikan 1996 menetapkan IPTS mempunyai peranan yang sama dengan institusi pendidikan awam bagi menjayakan wawasan pendidikan menuju ke arah kecemerlangan pendidikan. Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 juga telah memberi kelonggaran kepada IPTS dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Tinggi tidak sepatutnya memberi kelonggaran tambahan dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib. Jabatan Pendidikan Swasta melalui Kementerian Pelajaran perlu memberi latihan profesional kepada pengajar-pengajar di institusi pendidikan swasta bagi meningkatkan kualiti pengajaran para pengajar di institusi pendidikan swasta bagi membolehkan mereka mendidik pelajar menjadi agen pembangunan negara.

PENUTUP

Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang masing-masing diiembagakan menerusi Perundangan Malaysia sebagai Akta Pelajaran 1961, Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pendidikan 1996 berhasrat untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar ilmu di institusi pendidikan. Bahasa Melayu sekali gus diharap dapat memainkan peranan tersirat sebagai bahasa pemersatu dan lambang jati diri masyarakat Malaysia yang merdeka.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui institusi pendidikan guru-guru serta kurikulum pendidikan Bahasa Melayu telah berusaha untuk melaksanakan Dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang dihasratkan dalam sistem pendidikan.

Namun dalam melaksanakan hasrat murni itu, bukti-bukti daripada hasil kajian terdahulu menunjukkan wujud jurang antara hasrat unggul dalam Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan dasar pelaksanaan di institusi pendidikan awam dan swasta. Selain itu, bukti-bukti menunjukkan bahawa dalam pelaksanaan dasar di peringkat makro terdapat perbezaan tekad dan iltizam antara pelaksana dasar pada tahun-tahun selepas merdeka dengan pelaksana dasar pada abad ke-21. Pelaksanaan pada peringkat mikro pula menunjukkan kualiti pendidikan bahasa serta hasilnya, iaitu pengamal bahasa itu sendiri, tidak sampai kepada tahap yang boleh dibanggakan. Kadangkala, kita terpaksa berhadapan dengan guru-guru yang tidak mempunyai keterampilan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, terutama sekali di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Masalah ini bertambah parah lagi oleh sikap sambil lewa sesetengah para pendidik serta pelajar yang menganggap penguasaan bahasa Melayu standard tidak menjadi suatu perkara yang penting. Dari satu sudut pandangan lain, usaha kerajaan untuk meletakkan kembali bahasa Inggeris sebagai bahasa yang utama dan terpenting pada dekad terakhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 ini mengukuhkan sikap negatif sesetengah pihak terhadap bahasa Melayu.

Akta Pendidikan 1996 adalah suatu anjakan paradigma kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta ini membenarkan kewujudan satu lagi aliran pendidikan, iaitu Pendidikan Tinggi Swasta yang membolehkan bahasa Inggeris dan bahasa lain berperanan sebagai bahasa pengantar. la suatu penyimpangan daripada Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang unggul yang dilaksanakan pada tahun-tahun 60-am, 70-an dan 80-an. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa pengantar ilmu tidak lagi dianggap sebagai yang terutama. Ini menimbulkan suatu kekeliruan, sehinggalah agenda untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara, dan bahasa pengantar ilmu tidak mampu tiba ke garis penyelesaian. Tambahan pula, akhir-akhir ini dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan negara dalam dunia global, kerajaan telah melaksanakan dasar pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Dasar ini menekankan kepentingan bahasa Inggeris mengatasi kepentingan tahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan pada zaman ini. Kerajaan :elah membuat keputusan yang bijak bagi memansuhkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 8 Julai 2009 dan pada tahun 2012 Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu. Keputusan ini a mat wajar kerana dapatan-dapatan kajian menunjukkan PPSMI membebankan ramai pelajar dan guru khususnya di luar bandar.

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan, pendidikan bahasa Melayu pada abad ke-21 mestilah berperanan untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa pengantar ilmu. Justeru para pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro perlu menjadikan penyelesaian beberapa masalah pendidikan bahasa Melayu sebagai agenda penting abad ke-21. Masalah tersebut ialah masalah kualiti bahasa Melayu para pelajar dan guru, keterampilan mengajar guru, :dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa, serta masalah kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Kajian-kajian mendapati masalah-masalah ini merupakan masalah utama dalam pendidikan bahasa Melayu, di samping masalah sikap pelajar, guru serta pelaksana dasar di peringkat makro dan mikro. Selain itu, kertas kerja ini juga berpendapat bahawa dalam usaha kita membina tamadun Malaysia moden di mana bahasa mempunyai peranan yang utama, kita haris mengambil iktibar daripada pengalaman beberapa negara seperti Jepun, Korea, Perancis, Rusia dan beberapa negara di Scandinavia. Bahasa pengantar ilmu bagi negara-negara itu adalah bahasa kebangsaan mereka.

Bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai bahasa pemersatu dan lambang jati diri bangsa. Bahasa kebangsaan tidak pernah menjadi hambatan untuk kemajuan dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi. Sebaliknya, pemikiran, kreativiti dan ciptaan baru berjaya dihasilkan melalui bahasa yang paling akrab dengan hati dan nurani penuturnya, iaitu bahasa kebangsaan.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. 1996. Pendidikan dan patriotisme Malaysia. Dalam Asraf (pnyt.). Manifesto bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Abdul Ghani Othman. 2000. Politik bahasa, bahasa politik. Syarahan Raja Haji Ali. 2000. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Abdul Rahim Bakar. 2000. Bahasa jiwa bangsa - perspektif politik dan pejuang bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Arniza Mokhtar. 2001. Pelaksanaan strategi pengajaran bahasa Melayu Sekolah Bestari di Negeri Sembilan. Tesis sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. 1993. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fowler, F.C. 2000. Policy studies for educational leaders: An introduction. New Jersey: Merrill-Prentice Hall.

Fullan, H. 1991. Planning, doing and coping with change. Dim. Moon et al. (pnyt.). Policies for the curriculum. London: Hodderand Stroughton.

Hassan Ahmad, 1996. Peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara. Dalam Asraf (pnyt.) Manifesto budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Juriah Long. 2002. Pendidikan Bahasa Melayu: Antara hasrat dengan pelaksanaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Juriah Long, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Wamoh Katiman, Zarin Ismail, Khalid Abdullah, Puteh Mohamed & Hamidah Yamat. 1999. Pendidikan bahasa Melayu di IPTS. Satu Kajian Analisis. Projek Penyelidikan G2/97. Fakulti Pendidikan, UKM.

Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi. Warnoh Katiman, Zaini Mahbar & Puteh Mohamed. 2002. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bagi memenuhi dasar pendidikan kebangsaan dan pembangunan sumber manusia pada abad ke-21. Projek IRPA 07-02-02-0049. Fakulti Pendidikan, UKM.

Juriah Long, Puteh Mohamed & Hamidah Yamat. 2002a. Strategi pengajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris: Satu perbandingan. Projek GG 006/2002. Fakulti Pendidikan, UKM.

Juriah Long, Nooreiny Maarof, Khalid Abdullah, Zaini Mahbar, Puteh Mohamed, Zarin Ismail. 2004. Kecekapan berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris di (PTA: Satu analisis keperluan majikan. Projek IRPA: 07-02-02-0018 EA172.

Juriah Long, Khalid Abdullah, Zaini Mahbar, Zarin Ismail. Mohd Izham Mohd Hamzah, Jamalullail Abd. Wahab 2006. Pemerkasaan sekolah menengah ke arah memupuk perpaduan kaum dan pembangunan sumber manusia kelas pertama. Projek FRGS:

Kamal Shukri Abdullah Sani. 2002. Kesan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di institusi pendidikan di Malaysia. Siri Bicara Bahasa, Bil. 15. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1971. Laporan Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. The Malaysian smart school implementation plan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah Bahasa Melayu tingkatan empat. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa & Abd. Hamid Mahmod. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. 2001. Pemerkasaan bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Mac, 1(3): 5-8.

Nik Safiah Karim. 1998. Bahasa Melayu dan pemerkasaan. Kertas kerja Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Anjuran Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2-3 Mei.

Nik Safiah Karim. 1996. Bahasa Melayu dan kemajuan bangsa. Dim. Asraf (pnyt) Manifesto budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Ornstein, A.L. & Hunkins, F. 1993. Curriculum: foundations, principles and theory.Boston: Allyn & Bacon.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM - Edisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2000. Sukatan Pelajaran KBSM: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Raja Mohd Fauzi Raja Musa. 1997. Policy and practice under the philosophy of education. Tesis PhD. University of Manchester.

Shahrir Mohamed Zain. 1996. Benturan dan budaya dalam pembangunan sains dan teknologi di Malaysia. Dalam Asraf (pnyt) Manifesto Budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Sabariah Samsuri. 2006. Kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah daerah Seremban. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.

Zainal Abidin Abdul Wahab. 1996, Bahasa Melayu dan pendidikan: perlunya ketelitian dan pemikiran jangka panjang. Dalam Asraf (pnyt) Manifesto Budaya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Zamri Mahamod & Zarina Othman. 2001. Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Strategi pembelajaran bahasa pelajar sekolah menengah. Jurnal Bahasa, 3(2): 263 - 319.

Zulkipli Md. Aros. 2005. Strategi pengajaran Bahasa Melayu berpusatkan pelajar di Sekolah Bestari, Negeri Selangor Darul Ehsan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.