Thursday, September 24, 2009

Bersama Memperkukuh tulisan Jawi

Assalamualaikum,

Sistem ejaan dan tulisan Jawi satu-satunya sistem ejaan dan tulisan tunggal dalam tradisi bahasa Melayu sebelum sistem ejaan tulisan rumi diperkenalkan. Melalui sistem ejaan dan tulisan Jawi, tradisi berbahasa Melayu terangkat sebagai lingua franca mengungguli tradisi penulisan dan persuratan di Alam Melayu. Sebaik sahaja sistem ejaan dan tulisan rumi diperkenalkan, sistem ejaan dan tulisan Jawi bagaikan kehilangan akar sejarahnya - hilang kekuatan, hilang daya dan upaya, lemah sehingga sukar ditentukan arah dan hala tujunya. Pun demikian, sistem ejaan dan tulisan Jawi tidak pernah mati, bahkan semakin membahang upayanya menampilkan keupayaan fungsi dan peranannya dalam diri setiap insan yang mengerti dan mahu melihat sistem ejaan dan tulisan Jawi kembali tumbuh segar memperbaharu tradisi dalam kemelut jati diri Melayu yang semakin bercelaru. Saya mohon anda dan sesiap juga yang perihatin untuk merenung sejenak, menjana idea dan pandangan bernas bagi tujuan mengembeling tenaga upaya bagi tujuan menggapai tradisi gemilang sistem ejaan dan tulisan Jawi di persada antarabangsa, Insya-Allah.